Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Monday, 22 October 2012

Najwa Latif dipanggil guru disiplin ?

 
 
Pada suatu hari, di sebuah sekolah di selatan tanah air, bermula la sebuah cerita..


Cikgu : selamat berkenalan… .
Najwa : kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku…


Cikgu : sat gi cikgu hantar kau dekat pengetua baru tau…
Najwa : Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo


Cikgu : cikgu sakit hati dah ni ==”
Najwa : hati ku rasa sesuatu


Cikgu : sebelum kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku


Cikgu : atau kamu nak saya hantar kamu dekat pengetua?
Najwa : Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu


Cikgu : cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa : Oh oh benarkah rasa itu…


Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua… ku rasa gementar tapi bahagia


Cikgu : memang kalau dah ada peluang nak rotan je kamu ni..
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..


Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..ooohh uwouwouwo


Cikgu : otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat..
Najwa : Banyak persoalan yang berada di minda =P


Pelajar lain menyampuk : cikgu ni banyak tanya la…


Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu : Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)


cikgu : tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta…


Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya


Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..


Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni..
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja..


Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku


Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa baik dipanggil je
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu


Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku..


Cikgu : cinta? Dengar baik-baik kata-kata cikgu ni…
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku… ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju…


Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu. =DD
 
 
 

Saturday, 20 October 2012

PMR habis, Blog Baru !

 
 
Apa habaq ? 
Ya, alhamdulillah PMR dah tamat . arap-harap dapat result cemerlang. Aaminn..
Kali ni entry pendek ja.Rajin2 baca la .
Blog dah berapa bulan tak aktif, sekarang baru aktif balik lepas habis PMR. Sebagai langkah pertama untuk menaikkan mood menulis entry , saya dah ubah sikit blog ni menjadi lebih 'biru' . hehe. Peminat birulah katakan ^^
Ini header dulu~
 Ada gambar saya di situ . "I need more readers than followers" . Yeah ! betul tu, kalau follower ramai tapi takdak sapa nak baca entry kat blog kita, apa gunanya ? Sunyi gitu..


Ni pulak header baru. Wee~


Nampak lebih biru kan ? hehe
Mintak pendapat boleh ?
Saya patut jual doodle lagi ka ? Hurmm..

Tuesday, 9 October 2012

PMR Candidate 2012

 
Tahun 2012 ni, saya akan menghadapi PMR (9A)

Mungkin akan update blog sebulan/seminggu sekali.huhuk
Tak apa, peperiksaan lebih penting ^^

Oleh itu, saya meninggalkan sebuah entry yang akan kekal sehingga tamat PMR ^^ Oleh itu, sila scroll ke bawah untuk entry terbaru.

Sesiapa yang singgah dan sedang baca sekarang ni, sudi tak kamu doakan saya untuk mengharumkan nama sekolah dengan mendapat 9A ?

everything, anything, anywhere, whatever,






Allah is the best judge

Ada seorang anak ini sedang melihat ibunya menyulam corak pokok dan tumbuhan.Kalau sudah namanya sulaman, faham2 sajalah, corak di belakangnya pasti serabut..Si anak bertanya, "ibu sedang buat apa?" si ibu menjawab, "ibu sedang buat kerja ibu, adik buatlah kerja adik ye.pergi bermain sana.".Lalu si anak pergi bermain,kemudian si anak datang lagi dan bertanya lagi.Si ibu tetap memberikan jawapan yang sama.
Selepas sulaman itu siap, si ibu memanggil anaknya "nak, inilah yang ibu buat tadi."Si anak membalas, "Wahhh ! cantiknya ibu buat.tapi kenapa tadi nampak berserabut?" Dengan tenang ibunya berkata, "Hidup kita kadang2 macam benang yang berserabut ini..Tapi ingatlah, Allah telah menyediakan kehidupan yang indah disebaliknya jika kita berusaha untuk mendapatkan rahmatnya."

Apa sahaja yang kita lakukan , Allah akan menentukannya termasuk keputusan PMR kelak. 











Doamu amat kuhargai.

Siapa lagi yang akan menghadapi PMR tahun ni? cuba cerita sikit ^^