Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Wednesday, 5 June 2013

Berhati-Hati! Ada Buku Panduan Solat Yang Ditulis Pihak Kristian

 
  
 
 
 
Buku panduan solat lazimnya khusus untuk kegunaan mereka yang mengamalkan ajaran agama Islam..Namun, kini, anda perlu berwaspada kerana kini terdapat juga buku panduan solat yang dikarang oleh pihak Kristian Orthodox Syiria..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Di dalam Al-Qur’an. kita sering menemui ayat “Aqimus Sholah” (tegakkan solat), sebagai sebahagian dari perintah Allah SWT kepada kaum Muslim untuk beribadah.

Tetapi jangan keliru, kerana kebelakangan ini, terdapat di kalangan pihak Kristian Otodox Syiria (KOS) yang menggunakan ayat yang serupa dan mirip seperti yang terdapat dalam bahasa Al-Qur’an ini.

Baru-baru ini, sebilangan pihak Kristian Ortodox Syiria telah menerbitkan sebuah buku panduan solat berjudul “Shalat Rabbaniyah” yang ditulis oleh Ignatius Bambang Soetawan.

Isi buku yang setebal 120 halaman ini turut mempunyai tafsir ringkas (refleksi) tentang “Doa Bapa Kami” yang dikutip dari kitab Injil Matius 6: 9-13.

Bambang merupakan seorang alumni di Sekolah Tinggi Falsafah Teologi Prajnawidya di Yogyakarta pada tahun 1971.

Selain buku mirip ayat khas Islam tersebut, Yayasan Misi Orthodoxia yang diketuai oleh Pendeta Yusuf Roni juga menerbitkan buku panduan solat Kristian yang berjudul “Kitabus Sab’us-Shalawat” (solat 7 waktu).

Jika ada pihak yang tidak paham, hal seumpama ini pasti akan menjadi kecoh dalam kalangan umat Islam. Apatah lagi, mereka menggunakan bahasa yang mirip ayat suci Al-Qur’an.

Kristian Orthodox Syiria juga menggunakan pakaian yang mirip dengan masyarakat Islam seperti jilbab. kopiah dan lain-lain

Semoga ini boleh menjadi informasi untuk semua kaum Muslim.
 
 p/s: Harap ini boleh menjadi panduan untuk umat Islam yang lain..Beli lah buku panduan solat yang diperakui kesasihannya oleh JAKIM..
 
Sumber
 
 

Tuesday, 4 June 2013

Review Buku Kembara Khazanah

 
 
Pagi semuanya !
Saja nak mengisi blog ni sikit daripada tak terisi langsung.
Pernah baca buku KEMBARA KHAZANAH ? Seriously memey BEST ! Wa bagi 100 stars. Hehe.
 
Ceritanya pasal budak ni namanya Ji Pang Yi atau Do Tori dan kawannya dan ayahnya dan ramai lagi. Setiap kali kesatu-satu negara tu mesti ada gangguan daripada Dr Bong. Negara tertentu je. Sambil membaca komik, kita menyelusuri segala fakta Sains tentang negara tu. Menarik kan ? Buku ni memang patut dimiliki sebab bukan komik yang 'kosong' semata-mata tapi penuh dengan ilmu ! Rugi tak beli woo ~
Tapi baru ada 3 koleksi je. Bilalah nak beli lagi ni. Hmm. Minta sumbangan sikit ? Eheh :P K gurau.
 
 
 
 
 
 
Baru ada 3 koleksi ni je. Kalau korang ada koleksi buku ni .. Ce la share sikit :D Yang mana korang ada.. And mana antara buku Kembara Khazanah yang korang paling suka <3
Ni antara senarai buku Kembara Khazanah yang aku tau :
Perancis
China
India
Mesir
Amerika
Jepun
Switzerland
Afrika Selatan
Brazil
Jerman
Sepanyol
Belanda
 Mexico
 
 Nak semuanyaaaaaaaaa !! xD
 
 
 

Monday, 3 June 2013

Episode Akhir Doraemon - Doraemon Last Episode

 
 
ENGLISH VERSION - http://www.youtube.com/watch?v=tAf009xS9w8
 
Fakta yang mengharukan. Fujiko F.Fujio. Mesti ramai yang pernah dengar nama ni kan ? Cerita Doraemon.. Ingatkan tak ada ending. Sebab ada yang kata dia mati sebelum sempat habiskan ending Doraemon. Tapi... Aku fikir mungkin dia dah siapkan awal2 endingnya.. Dan dia wasiatkan kepada sesiapa, masa dia dah mati, baru terbitkan endingnya..
 
Sedih ceritanya.
 
Mesti ramai yang minat Doraemon kan ? Yelah, aku sendiri pun.. sampai macam2 angan dibuat ! Satu-satunya kartun yang buat aku berkhayal terlebih jauh kedepan ! Hehe.
 
Setiap kali periksa je, mesti teringat ROTI DORAEMON. Kalau tekapkan roti tu kat buku teks, nanti dia serap ayat2 dalam buku tu, then kita makan. Terus boleh ingat semuanya :D Haha dengan syarat JANGAN PERGI TANDAS :3
 
Lagi-lagi nak SMA tahun ni, memerlukan banyak menghafal ! Tapi, itu semua mustahil kan ? Ia cuma fantasi. Tak apalah, fantasi pun menggembirakan hati. Ye dak ?
 
Okey jom layan komik ni. Tapi versi Indonesia. Sorry, ni je sumber yang aku jumpa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Seriously memang sedih dan mengharukan :')
Cuma bila dah besar, Nobita gemuk dan tak hensemlah. Hehe.
Okey, mungkin lain kali aku patut share ENDING Sin Chan pulak. Eh ada ke ?