Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Friday, 18 October 2013

Kata Akhi Shujaie Kamal

 
 
Lama sungguh tak menulis. InshaAllah nanti lepas SMA ana nak isi macam-macam kat blog ni. Rindu :*
Secebis kata dari akhi Shujaie Kamal
~Mereka kata aku USTAZ kerana aku sentiasa berkopiah..
~Mereka kata aku SOLEH kerana acap kali aku post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya...

TAPI..
Jauh di sudut hati aku,
Mahu saja aku MENANGIS SEKUAT HATI..
Aku SEDANG BERTARUNG dengan diriku sendiri,
TAK MUDAH..
Allah sahaja TAHU apa yang terbuku di hati..
Aku masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN..
Kadangkala aku TERGELINCIR kerana,
Jalan kehidupanku penuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN aku kerana kadangkalanya AKU KHILAF..
Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..
SEBAK HATI tatkala aku terbayang,
Bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku?

Saturday, 10 August 2013

Sahabat Rasulullah yang dimandikan Malaikat

 
 
Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat  | Bercakap tentang pergorbanan para sahabat waktu ketika dahulu memang tiada tandingannya. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi Islam. Jadi tidak hairanlah, apabila seorang sahabat yang dikenali sebagai Hanzalah bertindak menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW biarpun dirinya baru sahaja mengadakan majlis pernikahan. Ia biarkan rasa seronok, semata-mata untuk memberi kemenangan kepada Islam. Allahuakhbar!

hanzalah


Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w.,  

“Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti.”

Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini,” balas Rasulullah s.a.w.. “Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, ” Hanzalah bertegas.  

Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.


Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkn dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.


“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”


“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”


“Perang akan bermula!”


Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka.” “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah.”


Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya semoga saya beroleh kemenangan.” Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan.”


Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.


Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat sanggar wibawa tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut; akhirnya Abu Sufyan sungkur ke tanah.


Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.


Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya, dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak.”


Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

*ada yang pernah saya baca, dia dimandikan oleh Malaikat kerana tak sempat mandi junub dan segera ketempat peperangan.*

Tuesday, 6 August 2013

Giveaway raya 2013 by PERMATABIRU

 
 
 
Bismillahirrahmanirrahim.
 
 
 http://www.permatabiru.my/2013/08/giveaway-raya-2013-by-permatabiru.html
 
 
 Mama sayang Kaisara,
Selamat Hari Raya.
GA ni saya join,
Maaf Zahir Batin.
 
Masak lemang ditepi perigi, 
Untuk dimakan di Eidulfitri, 
Nak hantar kad raya posmen dah cuti, 
Hanya SMS sebagai pengganti. 
 
Salam Eidulfitri Maaf Zahir Batin. Maaf kalau ada salah apa-2 ke, terkasar bahasa tersilap bicara atau tersalah taip ke. 
 
TaqabbalAllahu minna waminkum taqabbal ya karim. تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم
  
Hehe, walau baru berkenalan, walau beza umur, kita tetap serumpun (SeIslam dan Blogger) . Walau belum kenal lama, tetap juga nak sampaikan ucapan raya. Boleh guna untuk ucapan kepada suami ^_^

Saya menyusun 20 jari tangan dan kaki memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan. Ampun juga dipohon dari hujung tulang Kranium sampai hujung tulang Flaneks :)
Semoga sentiasa dalam lindungan Ilahi. In sha Allah :)
Ucapan ikhlas walau tak seberapa, Afina Rahmat.