Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Saturday 17 September 2011

50 Keistimewaan Wanita


Assalamualaikum and gudnite.meh baca info2 menarik ni .


credit to encik google
1.      Doa wanita lebih termakbul daripada lelaki kerana wanita lebih penyayang daripada lelaki.
Sabda Rasulullah:”ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia.”

2.      Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki tidak soleh

3.      Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali

4.      Seorang wanita lebih baik daripada 70 orang lelaki solehah

5.      Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya,maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan neraka keatas tubuhnya

6.      Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya ,maka pahalanya sama seperti bersedekah,Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya.Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7.      Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu.Jika pada hari pertama haidhya dia membaca

8.      “ALHAMDULILLAHI’ALAA KULLI HALIN WA ASTAGHFIRULLAH (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku memohon ampun kepada Allah dari segala dosa)”,maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa.Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada’apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya
Sabda Rasulullah SAW:”Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga

9.      Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab,maka baginya adalah syurga

10.  Daripada Aisyah r.a:”Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuanny,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

    11.  Syurga itu di bawah telapak kaki ibu

12.  Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab,maka baginya adalah syurga

13.  Daripada Aisyah r.a:”Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

14.  Syurga itu di bawah telapak kaki ibu

15.  Apabila dua orangibubapamu memanggilmu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu

16.  Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab

17.  Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solat dan puasanya),semua ikan di laut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya

18.  Aisyah r.a berkata:”Aku bertanya kepada Rasulullah SAW sapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?”Jawab baginda,”Suamanya.””Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?”Jawab Rasululah SAW,”Ibunya.”

19.  Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya,maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki

20.  Allah SWT akan memsukkan setiap wanitayang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam surga lebih dahulu daripada suaminya

21.  Apabila seorang wanita hamil,maka beristghfarlah para malaikat untuknya.Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan

22.  2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

23.  Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari

24.  Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari

25.  Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin,maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah

26.  Wanita bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada uratnya akan dikurniakanoleh Allah SWT satu pakala haji

27.  Apabila seorang wanita melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibu melahirkannya


28.  Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalamtempoh 40 hari bersalin selepas bersalin,dia dikira sebagai mati syahid

29.  Seorang wanita yangmenyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat pahala dari setiap susu yang diberikannya

30.  Jika seorang wanita menyusukan anaknya cukup tempoh (2 ½ tahun),maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya

31.  Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang sedang menangis,maka Allah SWT akan memberikan pahala sat tahun solat dan puasa

32.  Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tida selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akanmendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT

33.  Seorang wanita yang menghiburkan anaknya,maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala abadat kepadanya

34.  Apabila seorang wanita mencucu pakaian suaminya,maka AllahSWT akan mencatatkan 1000 kebaikan dan mengampunkan 2000 kesalahannya.Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunannya baginya dan Allah SWT akan mengangkat 1000 darjat untuknya

35.  Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu,maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan akan dibukakan bagikan 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab

36.  Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya

37.  Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya gengan kasih sayang akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmat

38.  Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat

39.  Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah didalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad

40.  Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan dapat mendapat pahala 7 tola emas dan yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak

41.  Dari Hazrat Muaz:Mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka

42.  Thabit Al Banani berkata:seorang wanita bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya.Dia pelita ketika menghidangkan makanan di hadapan suaminy,dipegang pelita sehingga suaminya selesai makan.Pada suatu malam pelitanya kehabisab sumbu,maka dia menjadikan ranbutnya sebagai sumbu pelita.Pada keesokan harinya,matanya yang buta telah celik.Allah SWT mengurniakan kemuliaan kepadanya kerana memuliakan dan menghormati suaminya

43.  Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan

44.  Pada suatu ketika di Madinah,Rasulullah SAW keluar mengiringijenazah.Baginda mendapati ada beberapa orang wanita di dalam majlis itu.Lalu baginda bertanya,”adakah kamu yang menyembahyangkan mayat?”Jawab mereka,”Tidak”Lalu baginda bersabda,”Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu.Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami,nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.”

45.  Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca ‘Bimisllah’,maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT

46.  Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah
Sabda Rasulullah SAW:”Wahai Fatimah,untuk setiap wanita yangmengeluarkan peluh ketikamembuat roti,Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka.Jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

47.  Sabda Rasulullah SAW:”Wahai Fatimah,setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh Allah SWT perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya.”

48.  Sabda Rasulullah SAW:”Wahai Fatimah,setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh Allah SWT satu tempat khas untuknya di atas taktha di hari akhirat.”

49.  Sabda Rasulullah SAW:”Wahai Fatimah,setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatkannya,mencuci pakaiannya dan memandikan mereka akan dicatatkan oleh Allah SWT untuknya pekerjaan baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannyaSabda Rasulullah SAW:”Wahai Fatimah,setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya,memotong misai dan mengeratkan kukunya,akan diberi minum oleh Allah SWT dari sungai-sungai di syurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh Allah SWT.Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman di syurga dan dicatatkan oleh Allah SWT baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintasi Titian Shirat.”

50.  Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah,dbersihkan mukanya,dihamparkan alas duduknya,disediakan makan minum suaminya,direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang,diperelokkan hidangannya,dipeliharaanya anak-anaknya dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah SWT,maka disunatkan baginya akan setiap ucapan,langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba.Pada hari Qiamat nanti,Allah SWT akn mengurniakan Nur (cahaya)sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu.Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi

sweet kan ayatnye ?? hehe .kredit to her .info yang baik, ni.....mesti diShare ! 

3 comments:

fiQRa said...

bole je dear~ doodle ape? huhu, bg link blog eh~

Puan Kutu said...

hebatnya wanita kan..:)

merahitujambu said...

bila agaknya sy nk kawin..=_=//x sbr ni