Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Thursday, 22 November 2012

Tutorial Warnakan dan Corakkan Doodle Transparent

 
 
Jom warnakan doodle .Buka gambar yg telah dilukis atau sambung terus dari lukisan.
 
>>TUTORIAL MELUKIS DOODLE<<
 

Bagi yang menyambung lukisan , tekan CTRL SHIFT dan N serentak. Akan keluar Layer 2 seperti dalam gambar di atas. Turunkan Layer tersebut. Kerana kita akan pakai konsep TINDIH WARNA .

Tapi sebelum mewarna, kita masukkan corak dulu pada bajunya.


1) File > Open > Pilih corak yang diingini > OK


2) Pada corak tersebut, klik CTRL A (tanda) kemudian CTRL C (copy) (tekan serentak)
3) Pergi ke tab yang kita dah lukis tadi, klik CTRL V (paste) then CTRL T (scale). Adjust kedudukan corak tersebut sampai memenuhi baju doodle tersebut.


4) Padam lebihan yg tidak diperlukan disekeliling baju tersebut. Sampai jadi macam gambar diatas.


Untuk warnakan tudung dan lain2 ...
5)Tekan CTRL SHIFT N untuk tambah Layer baru. dan TURUNKAN layer tersebut ke bawah sekali. Boleh juga menamakan Layer tersebut (rujuk gambar atas) .Kalau tak mahu pun boleh .


6) Klik pada Brush Tool dan mula mewarna . Kita boleh adjust SAIZ brush . Kalau tak jelas semasa mewarna, boleh ZOOM (klik button Zoom). Untuk zoom out, right click dan zoom out.


 7) Sekarang masa untuk HIAS doodle tersebut dengan Sinaran/SHINY dan Shadow. Tukar warna kepada warna putih. Klik Brush Tool dan kurangkan Opacity Brush (yg saya kotakkan atas sekali . gambar yg atas.) Saya kurangkan kepada 75%.

8)  Hiaskan di hujung kepala , atas blush , tudung dan tempat yg dirasakan sewajarnya.


9) Akhir sekali Crop gambar tersebut macam gambar atas ni.Klik ENTER.

10) Dah siap boleh Save. Klik FILE > SAVE AS > Namakan doodle tersebut > Format PNG > Save.
 
Format PNG tau ! Kalau format PHOTOSHOP , boleh open semula pakai photoshop utk membetulkan kesalahan . Tapi kalau nak upload ke fB contohnya , tak boleh pakai format Photoshop. Kalau pakai JPEG pula, background nya akan jadi putih sedangkan kita nak background Transparent.
 
Harap membantu bagi Newbie. Kalau yang dah pandai tu takyah baca pun entry ni :P
 
 

Tutorial Transparent Doodle by Photoshop (Simple)

 
 
Selamat petang ! (waktu menaip)
Dah ramai yang tanya macam mana nak wat DOODLE . Ha, nah tutorial walaupun sebenarnya malas nak buat . Hehe . Ini cara saya buat doodle. Maaf, kalau pening2 sikit tapi harap faham step2 nya.
 
KLIK untuk BESARKAN

1)  Open Photoshop. File > New 
2)Kalau nak bagi nama boleh, taknak pun takpe. Width 1000, Height 800 PIXELS and TRANSPARENT. Click OK.


3) Klik no.1 dlm gambar tu , pilih sama ada warna kelabu/coklat/hitam untuk keliling doodle. Klik OK.
4) Klik Brush Tool (B) dan right click pada kotak banyak2 tu.


Akan keluar macam ni.
5) I suggest 4px . 


6) Pilih Ellipse Tool (Bulat) .Then, lukis bulat . Klik Edit > Transform Path > Warp .


 7) Tarik (Ikut gambar) untuk bentukkan muka. Dah oke, tekan Enter .
8) Right click > Stroke Path dan akan keluar  macam kat bawah ni.


Ikut macam gambar dan click ENTER 2X


9)  Klik Pen Tool dan klik ikut macam dalam gambar utk buat Tudung.

Then, ikut semula Step 8. (Right click>Stroke Path>Enter2x)


Kemudian, sambung buat macam tadi untuk sambung tudungnya. (Rujuk Step 9) Gambaryang atas ni ada terlebih sikit kan tudungnya ? Padam yang lebih tu dan buat semula macam kat gambar bawah ni. (Kalau takde salah boleh abaikan step ni.)

Yang dipetakkan tu ERASER , untuk padam lebihan tudung tadi.

Sambung buat serkup.

10) Nak buat mata , klik Brush Tool dan right click pada kotak2 transparent.
11) Adjust saiz berus ikut besar mukalah. Kat dalam gambar ni saya pakai saiz 30.
 

12) Dah klik kat tempat mata, kita ubah warna kepada warna putih untuk menampakkan mata tu 'SHINY' sikit. Sebelum/selepas tu , kecilkan saiz brush .
13) Klik pada DALAM mata hitam tu , sekali/ 2 kali .


Tambahkan Senyuman :)

SIAP.

Nak warnakan pula macam mana ? >>KLIK HERE<<



Sunday, 11 November 2012

Redraw and Colour

 
 
Selamat malam ! (semasa menaip)

Hari ni nak share gambar yang saya REDRAW hasil karya Apit Jee untuk Amirul Hakim, kawan sekelas saya .

Jom tengok ! :D


Klik untuk membesar .

1. Saya save image yang diambil dari fB .
 
2. Buka gambar , tambah layer. Saya ink kan semula gambarnya , agar nampak lebih pekat .

3.Tambah corak baju .

4. Warnakan muka, rambut dan beri sentuhan 'shadow' pada tempat yg sepatutnya seperti bawah leher , bawah mata dan lengan .

5. Buang gambar asal dan crop . Siap !

Rindu nak mengedit .Haha :D


Sunday, 5 February 2012

Tutorial Install Brush dalam Photoshop

 
 
hola and bonjour !

Tutorial senang kali ni.. =)

Kalau takde brush tu, boleh download kat sini..


Senang sangat nak download , just tekan mana2 gambar nanti keluar sikit information..korang kena tengok ia untuk cs berapa.Kalau saya, saya guna cs4 .Kalau dia tulis CS je, semua boleh.Yang lain tu boleh download tapi payah sikit..takut tak matching..

Sekarang dah download kan, then kalau file tu guna winzip kena la extract dulu... then anda akan dapat icon macam ni,

kredit..http://zafwithlove.xanga.com


1. Buka My Computer
2. Kena cari dulu folder photoshop anda berada di mana, samaada di local disk c atau d iaitu under folder Program Files.
3. Adobe
4. Adobe Photoshop CS2 (ikut version la samaada CS3, CS4 etc)
5. Presets
6. Brushes
Dan paste je la ABR file tadi ke dalam folder brushes tadi...

Saya dah, anda bila lagi..?hehe

Friday, 4 November 2011

Tutorial:Fb via AngryBird


haa, menarik tak tuto kali ni? 

kredit to Nana.

ce tengok gambar nie..


nampak tak? ada angrybird comey kat situ an...?Bagi yang tak gemar angrybird, pi main jauh2 sana! syuh2 ..

ok, jom mulakan tutorial ^^

1,Login FB
2,Tekan LINK INI.nanti akan keluar kotak comel je ..abaikan tulisan CODE amende ntah dalam tu, just write apa yang korang nak.
3,Dah tulis? tekan button share.ada kat bawah sekali.mula2 aku pun tak perasan.
4,refresh satu kali dan bukak FB korang.tengok ada tak menatang tuh..?
jadi tak? jadi tak? 

siapa suka AngryBird angkat kaki cepat ! ehee..

p/s;nak share? boleh je, kredit lah sikit.tak susah pun ^^ .saya dah kredit kat sumber, awak amek dari saya, awak kredit lah saya. 

Friday, 9 September 2011

Tutorial:Label 3D

assalamualaikum.wahwah.lame sungguh tak buat tuto.(bunyi cm batak je) pedulik ape.. fina nak ajar newbie je.yg dah tau.syuh2 pi duduk sana main sorang2..

label 3D ni macam label biasa tu tapi dia boleh bergerak sendiri*otomatik apabila dihalakan cursor.

kalau banyak sangat label nanti akan membentuk bulat.


kredit to cik ain

Wednesday, 17 August 2011

Tutorial:Wishlist

Assalamualaikum,

jom mulakan tutorial..

Design-add a gadget- html/javascript...


<form name=myform>
<input type="checkbox" name="mybox" value="Student" checked />Student <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="Below 18" checked />Below 18<br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="Birth 19July" checked />Birth 19July<br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="Love Pink" checked />Love Pink<br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="Setia Bertudung" checked />Setia Bertudung<br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="Love White Chocolate" checked />Love White Chocolate <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="Second Facebook Account" checked />Second Facebook Account<br />
</form>

copy dan paste .Senang kan ?

yang warna oren tu, tukar ikut suka kamu la. =) sesuatu yang menggambarkan diri kamu.




Tutorial:Bubbles

Assalamualaikum, mesti dah tau kan bubble tu apa ? macam ni..


nampak kan bubble tu ? senang je nak buat ..

copy ni..

Sunday, 7 August 2011

Tutorial:Ajax Float Shoutbox

Assalamualaikum, hai readers .. Fina ada terima satu request dari frenz baru kat FB ,

macam mana nak buat shoutbox terapung macam Fina punya tu.
Tapi Fina punya belum siap adjust lagi tu, atau lebih tepat lagi malas. Biarlah, asalkan boleh tinggalkan jejak. ye idak ?

copy paste benda ni..


Friday, 5 August 2011

Tutorial:Kata alu-aluan

Assalamualaikum wbt...

mesti ramai yang dah tau an apa itu kata alu-aluan untuk pengunjung blog ?

bila kita pergi ke blog someone tu ,awal2 lagi dah keluar satu pop-up .

macam ni...

haa .. dah tau kan ?

senang sangat nak buat ..

mula2 ..pergi ke design==>add a gadgets==>edit html/javascript

<script type='text/javascript'>alert("AYAT YANG KAMU MAHU")</script>

paste ayat ni kat javascript tu ..

yang warna merah tu tukarlah kepada ayat yang sepatutnya..

mudah sangat. sekian .

Wednesday, 3 August 2011

Tutorial:Buat Kepala Doodle

assalamualaikum , apa kabar ?? sihat ??

haa .. hari ni cikgu nak ajar macam mana nak buat kepala Doodle .

PERHATIAN : Doodle ni Fina buat pakai PAINT .harap maklum.

Sebenarnya dah cuba buat Doodle banyak kali pakai Photoshop , tapi tak jadi !! argh . geram tau ..

hanya satu masalah je , tak boleh WARP .

okeh , meh mulakan tutorial.

1) mula2 , buka lah Paint ,mesti semua ada kan ? kan ? hehe .Tak payah susah2 nak download Photoshop .

mulakan dengan kepala nya . buat bulat. Tak kan tak tahu ?? kalau fina buat dua bulat .satu untuk muka satu untuk tudung.


nombor 1 , letak satu garis untuk curve kan ia .
nombor 2 , tarik tengah2 curve tu ke atas untuk membentuk tudung.

jadi lah sikit bentuknya ..

lepas tu ..


padam sikit bulat tu dan tambah 2 garis lurus untuk lepaskan tudungnya ..


buat hujung tudung pakai curve macam kat atas tadi. untuk buat mata, ambil 'ellipse' iaitu simbol bulat tu .. pilih yang bawah sekali tau .Apa lagi , bulatkanlah untuk mata. Buat 2 tau !! jangan buat satu je ! hehehe

dan buat matanya nampak sparkle (bersinar) ambil lagi simbol bulat tu, kali ni tukar warna pulak , jadikan ia warna putih .Buat bulatan tu dalam mata hitam yang dah dibuat tadi.


buat beberapa garisan untuk menampakkan yang selendang doodle ni terjuntai .
buat mulutnya pakai curve .Dah siap ! hehe comel tak ?

sebagai penghormatan untuk pengunjung blog yang tak seberapa ni,

Fina dengan seikhlas hati nak hadiahkan Doodle yang tak seberapa ni untuk korang =)

itupun kalau korang sudi ambil la ><



Doodle pertama Fina selepas cuba buat doodle pakai photoshop yang tak jadi2 1 =,="

hehe , comel tak ??Lain kali nak ajar buat badan Doodle pulak ! hehe , seronok pulak buat doodle ni =3

lepas siap doodle pakai paint , Fina tambahkan shadow sikit.. strokw sikit pakai Photoshop =)

Sekian

yang penat menulis:Afina 

Tutorial:Hilangkan layout FB

Assalamualaikum..

tuto ni bertujuan untuk buang layout di FB kamu atau kamu nak tukar layout lain.

terus mulakan tuto , k ??

lagi senang kalau guna Google chrome , tekan simbol spana sebelah simbol S tu ..


kalau takda tanda S tu maknanya korang belum buat lagi layout tu kan ?

nak buat layout tekan sini==> Buat Layout FB

lepas tekan tanda spana tu , pergi ke tools dan tekan expensions .Nanti akan keluar satu tab tau .



tab tu menunjukkan apa yang korang dah install .Korang cari 'nama' yang korang dah install tu , contoh pink emo heart ( itu yang Fina dah download/install )

bawah nama tu ada 2 link kan ??

tekan uninstall. Siap . Tutup FB kamu yang sedang terbuka tu dan login semula. tengok ? dah jadi ?

Tutorial:Layout Facebook

Assalamualaikum , hari ni cikgu nak ajar benda mudah ye anak2 sekalian . hehe*sejak bila jadi cikgu ni ..?

ehem , tau tak layout facebook tu apa ..? cikgu tunjuk dulu ..




ok tak ..? tapi itu yang simple2 je . banyak lagi pilihan tau ! boleh pilih ikut taste la .

pergi ke link ni => Stylish ,

kat situ ada butang search , boleh cari nak gambar apa , warna apa pun boleh .

nak buat layout sendiri ?? ouh , bolehh .. tade masalah . 

pergi ke ==> Webfetti

kat situ lagi ada macam-macam ! 

ouh ya , dah tekan webfetti atau layout fb tu , jangan lupa tekan ni ==>Toceh !

dah pilih dah ..?tapi cikgu cadangkan Stylish lah , takut yang webfetti tu tak jadi .

lepas tekan stylish tu , lepas dah pilih , lepas dah tekan mana yang kita mahu ,( tekan stylish tau ! ) akan keluar satu laman bercorak camni .


dah siap ! pergi kat FB , logout dan sign in semula .

haa , jadi tak? jadi takk ?

senang kan ? untuk webfetti pula ..

lepas tekan link webfetti kat atas tu korang pilih layout (more)

lepas tu , design ikut suka korang lah . kalau cikgu punya layout macam ni ..


hehe , comel tak ?

lepas siap tekan finish ( button pink tu )


akan keluar satu pop up dlm webfetti tu , dia suruh save layout tu ..

kalau dah siap ?? kenapa tanya lagi ? tekan DONE la . hehe

lepas tu , tutup FB , bukak semula . Haa , jadi tak ??

kalau tak .. humM entah la . ada problem tu .

korang tanya .. mana cikgu belajar semua ni ?? 
cikgu belajar dari orang ni ...

kredit to him:Hakim

oklah , sekian =)

Sunday, 31 July 2011

Tutorial:Float Shoutbox Box

Assalamualaikum dan hai kawan2 !
hari ni fina gatal2 sikit nak share tutorial pasal photoshop, bukan selalu boleh buat .. bila abang fina balik je boleh buat tuto ni.

mula2 ..pastikan kamu ada adobe photoshop , kalau takde boleh download kat sini

tekan file, new lepas tu , akan keluar satu pop up . Rename kan dahulu. lepas tu ,adjust ikut kesesuaian blog, kalau fina buat weight 550pixels dan height 400pixels ..
make sure Transparent tau ! kalau nak transparent la ..transparent baru cantik .


 pilih custom shape tool . kalau taknak boleh buat bentuk lain , bulat ke . petak ke .. kalau nak amek dari en.Google pon boleh.

pilih corak then terus lakarkan katdalam kotak transparent tu.korang pilih la nak warna apa.

 
tekan simbol 'T' kat dalam photoshop tu .Dan mula menulis . words ape yang kamu suka?


nak masukkan gambar??Tekan file, open then pilih gambar mana yang tertarik di hati .
nanti akan keluar 1 tab untuk satu gambar. kalau nak lagi cantik, gambar tu korang mestilah transparent kan awal2 ..oh ya ! pastikan PNG tau!

pergi pada gambar tersebut, tekan ctrl+A dan tekan sekali lagi pada gambar kartun tu ctrl+C untuk copy.


pergi kepada tab yang korang dah corakkan tadi dan paste kat situ . Tekan ctrl+V .
kemudian, edit lah mengikut citarasa korang ..Tekan ctrl+T untuk kecilkan ke . alihkan kartun tu ke.

kalau nak insert gambar lagi, boleh ulang macam di atas tadi untuk gambar yang kedua .

kalau nak alihkan words atau gambar lain , pastikan korang tekan layer nya dahulu, kat sebelah kanan bawah tu .

saya punya shoutbox da siap ! kamu??
Eh! dah siap jangan lupa save pulak .. tekan file, pilih save as .

kalau ada apa2 pertanyaan , komen di bawah ye ..

nota tumit kaki; excited nak buat tutorial !