Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Showing posts with label Doodle. Show all posts
Showing posts with label Doodle. Show all posts

Thursday, 22 November 2012

Tutorial Warnakan dan Corakkan Doodle Transparent

 
 
Jom warnakan doodle .Buka gambar yg telah dilukis atau sambung terus dari lukisan.
 
>>TUTORIAL MELUKIS DOODLE<<
 

Bagi yang menyambung lukisan , tekan CTRL SHIFT dan N serentak. Akan keluar Layer 2 seperti dalam gambar di atas. Turunkan Layer tersebut. Kerana kita akan pakai konsep TINDIH WARNA .

Tapi sebelum mewarna, kita masukkan corak dulu pada bajunya.


1) File > Open > Pilih corak yang diingini > OK


2) Pada corak tersebut, klik CTRL A (tanda) kemudian CTRL C (copy) (tekan serentak)
3) Pergi ke tab yang kita dah lukis tadi, klik CTRL V (paste) then CTRL T (scale). Adjust kedudukan corak tersebut sampai memenuhi baju doodle tersebut.


4) Padam lebihan yg tidak diperlukan disekeliling baju tersebut. Sampai jadi macam gambar diatas.


Untuk warnakan tudung dan lain2 ...
5)Tekan CTRL SHIFT N untuk tambah Layer baru. dan TURUNKAN layer tersebut ke bawah sekali. Boleh juga menamakan Layer tersebut (rujuk gambar atas) .Kalau tak mahu pun boleh .


6) Klik pada Brush Tool dan mula mewarna . Kita boleh adjust SAIZ brush . Kalau tak jelas semasa mewarna, boleh ZOOM (klik button Zoom). Untuk zoom out, right click dan zoom out.


 7) Sekarang masa untuk HIAS doodle tersebut dengan Sinaran/SHINY dan Shadow. Tukar warna kepada warna putih. Klik Brush Tool dan kurangkan Opacity Brush (yg saya kotakkan atas sekali . gambar yg atas.) Saya kurangkan kepada 75%.

8)  Hiaskan di hujung kepala , atas blush , tudung dan tempat yg dirasakan sewajarnya.


9) Akhir sekali Crop gambar tersebut macam gambar atas ni.Klik ENTER.

10) Dah siap boleh Save. Klik FILE > SAVE AS > Namakan doodle tersebut > Format PNG > Save.
 
Format PNG tau ! Kalau format PHOTOSHOP , boleh open semula pakai photoshop utk membetulkan kesalahan . Tapi kalau nak upload ke fB contohnya , tak boleh pakai format Photoshop. Kalau pakai JPEG pula, background nya akan jadi putih sedangkan kita nak background Transparent.
 
Harap membantu bagi Newbie. Kalau yang dah pandai tu takyah baca pun entry ni :P
 
 

Tutorial Transparent Doodle by Photoshop (Simple)

 
 
Selamat petang ! (waktu menaip)
Dah ramai yang tanya macam mana nak wat DOODLE . Ha, nah tutorial walaupun sebenarnya malas nak buat . Hehe . Ini cara saya buat doodle. Maaf, kalau pening2 sikit tapi harap faham step2 nya.
 
KLIK untuk BESARKAN

1)  Open Photoshop. File > New 
2)Kalau nak bagi nama boleh, taknak pun takpe. Width 1000, Height 800 PIXELS and TRANSPARENT. Click OK.


3) Klik no.1 dlm gambar tu , pilih sama ada warna kelabu/coklat/hitam untuk keliling doodle. Klik OK.
4) Klik Brush Tool (B) dan right click pada kotak banyak2 tu.


Akan keluar macam ni.
5) I suggest 4px . 


6) Pilih Ellipse Tool (Bulat) .Then, lukis bulat . Klik Edit > Transform Path > Warp .


 7) Tarik (Ikut gambar) untuk bentukkan muka. Dah oke, tekan Enter .
8) Right click > Stroke Path dan akan keluar  macam kat bawah ni.


Ikut macam gambar dan click ENTER 2X


9)  Klik Pen Tool dan klik ikut macam dalam gambar utk buat Tudung.

Then, ikut semula Step 8. (Right click>Stroke Path>Enter2x)


Kemudian, sambung buat macam tadi untuk sambung tudungnya. (Rujuk Step 9) Gambaryang atas ni ada terlebih sikit kan tudungnya ? Padam yang lebih tu dan buat semula macam kat gambar bawah ni. (Kalau takde salah boleh abaikan step ni.)

Yang dipetakkan tu ERASER , untuk padam lebihan tudung tadi.

Sambung buat serkup.

10) Nak buat mata , klik Brush Tool dan right click pada kotak2 transparent.
11) Adjust saiz berus ikut besar mukalah. Kat dalam gambar ni saya pakai saiz 30.
 

12) Dah klik kat tempat mata, kita ubah warna kepada warna putih untuk menampakkan mata tu 'SHINY' sikit. Sebelum/selepas tu , kecilkan saiz brush .
13) Klik pada DALAM mata hitam tu , sekali/ 2 kali .


Tambahkan Senyuman :)

SIAP.

Nak warnakan pula macam mana ? >>KLIK HERE<<



Saturday, 3 November 2012

La Tahzan

 
 
Afina : Our Forgiveness

Kita selalu ungkapkan perkataan “Jangan Bersedih” pada kawan-kawan yang ditimpa musibah…tapi kadang-kadang bila kita sendiri yang alami perkara macam tu apakah kita akan bersabar dengan dugaan tersebut. Kenapa mesti bersedih, bukankah rahmat Allah tu luas…sekali gagal tak bermakna selamanya tak leh nak berjaya…kita ni hanyalah hamba yg Dhai’f.

Jangan Bersedih
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih
Redha Dengan Anugerah Allah Membuat
Anda Terkaya di Dunia
Jangan Bersedih
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas
Jangan Bersedih
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain
Jangan Bersedih
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan @ Dizalimi
Jangan Bersedih
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
Jangan Bersedih
Allah Tidak kan Mensiakan Pengorbananmu
Jangan Bersedih
Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


sahabat2 kesayangan,

Allah memujuk dan menjawab setiap persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yang indah...

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Al-Quran menjawab :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Al-Quran menjawab :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286


Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?

Al-Quran menjawab :

"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139


Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?

Al-Quran menjawab :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200

Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

Al-Quran menjawab :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

Al-Quran menjawab :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129

Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?

Al-Quran menjawab :
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 87

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Al-Quran menjawab :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."
Surah At-Taubah, ayat 111


~Esok Akan Merekah Bunga Yang HArum Baunya Mengusir Segala Kesedihan Dan Menjadi Penghibur Hati..~

*Mari berCinta dengan Allah! ^_^
 
Sumber



Wednesday, 31 October 2012

What is Baggi ?

 
 
 
 
New recipe ? Try it at home ! *TROLL*

Thursday, 8 March 2012

Quote:Poke di Facebook

 
 
 

Nak Poke sama saya tak ?

Saya pasti membalas poke itu tanpa henti :D
haha

agaknya sampai awak naik bosan poke saya..hihi

Saturday, 21 January 2012

Doodle Kelas 3A

 
 
Selamat Sore !

Hari ini saya mahu share gambar kelas saya, doodle lorh !! ><

Excited sebab dah siap ^^

Nak tontonkan dan sebagai kenangan ia akan disimpan dalam Blog ini~~

jeng jeng jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Sedikit Info, semua 32 orang, 10 lelaki 22 perempuan..

Lain2 info tak tahu la.. nak tanya apa2 pasal kelas saya? tinggalkan komen.Tapi saya rasa takde.hehe

Kawan2 ku !! silalah datang sini ! hohoho~

Sunday, 15 January 2012

Freebies Budak dengan Notebook

 
da lama buat tapi baru publish..hehe








silalah grab ^^

Sunday Quote#1

 
 
hai3x !nak tengok Quote saya yg sebelum ni? >KLIK SINI<

Hari ni nak share lagi quote..












afinarahmat.blogspot.com

Hai Manusia..mudahnya jatuh hati..
Sentiasalah berwaspada kerana syaitan selalu menjadi pihak ketiga.

Tuesday, 3 January 2012

Freebies Doodle Membongkok


freebies lagi sebelum sekolah bermula.


yang minta ni namanya Hafizzuddin a.k.a Pisang 
tapi dia kata dia dah lupa password Blog dia.

Meh le amek dudel kat bawah ni =)

Macam-macam warna ada ^^ 







Enjoy !

p/s - mood melukis aja tapi malas.huhuk