Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Friday 28 October 2011

Namaku Aurat-Perempuan

hari ni Fina nak bahas pasal aurat terutamanya perempuan.untuk lelaki lain hari lah.hehe
lihat disebelah kanan ade awek pakai shawl  tutup dada , Alhamdulillah..Tapi, baju besar yang senteng dengan seluar jeans ketat.wah!! bergaya seyh .. cover cun gitu~ 

shawl tutup separuh dada .perlu dipanjangkan lagi tu..baju dah lengan panjang tapi ketat!seluar  jeans yang boleh menaikkan nafsu manusia lain.trendylah katekan!

Alamak aihh! manisnya dia bergaya.eh, tapi ..shawl dia tu tak tutup dada lah! baju lengan pendek  nampak tangan pun sama juga..

Wah! sweet sungguh si adik manis bergaya.shawl pun  shawl lah adik! trend lah katakan .tak kesahlah asalkan tutup aurat dan tak jarang ye..baju muslimah pulak tuh tapi kenapa adik pakai legging....?

Meh check.Tudung?okeh. Seluar polos eh? besar dan nampak bergaya juga walaupun besar.cuba tukar itu jadi trend sekarang..kan bagus.baju labuh lengan pendek tapi pakai sarung tangan .eh!sarung tangan tu ketat kak.tak boleh jugak tau..


Baju Muslimah seluar slack .bagus3 tapi boleh tak panjangkan sikit tudung tu..? shawl sekarang macam2 ada tapi pilih lah yang tebal sikit dan panjang .boleh lilit puas2 .. hehe.nampak dada tu.. tak malu ke?

Alamak aihh! manisnya berbaju kurung .Inilah gadis Melayu tapi bukan gadis Melayu terakhir sebab pakai tudung/shawl nampak jambul.Simpan je lah jambul tu buat tatapan si suami yehh..

untuk gaya yang terbaik ialah ..
*
*
*
*
*
*
Berjubah bertudung labuh berpurdah..*teringin nak pakai purdah.hehe

Fina tau ramai yang tak dapat nak buat macam ni kan..so apa kata buat sesuatu yang sesuai dengan jiwa korang ..contohnya macam 2 gambar kat bawah ni..

berskirt panjang..sweet ape ..baju tutup punggung .nak senang tudung bawal je.kalau taknak,shawl pun boleh tp yang panjang dan tebal serta tutup dada,k? ;)

nak berfesyen sekali sekala? pakailah shawl labuh ,blaus labuh dan seluar slack.trendy ape.. kalau korang lagi suka pakai baju berkemban ...seriously, korang ni takde TASTE langsung..

nak fesyen boleh tapi berpada2 ye sayang ..tutup dada dan labuhkan baju..ke korang lagi suka bahgian tut diteropong oleh si mata keranjang..? ayoook!! baik ubah penampilan kepada lebih baik sekarang jugak..

oklah.bai2.. dan assalamualaikum ^^

Thursday 27 October 2011

Pandangan Manusia



✿ Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI..



❤ Bila jadi baik, ORANG MELUAT..


✿ Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..



❤ Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata



"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."


✿ Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..



❤ Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..


✿ Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS..



❤ Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..


✿ Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'..





❤ Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..


✿ Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."



❤ Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."..


✿ Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE 


ORANG LAIN NI WATPE!?"..



❤ Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON 


SUSAH?"..



✿~ Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua

salah.. 

semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik

pun masih 

ada yang mengata.. ingat 

pesanan ini :

~♥> Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita

fikirkan ialah 

pandangan Allah SWT terhadap 

kita.. bukan pandangan manusia...~

Zinaku Bermula di Facebook


Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….
Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.
Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.
Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….
Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.
Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.
Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.
Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…
Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?
Layar itu masih memancarkan  kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.
Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…
Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”
Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?
Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..
Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…
Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….
Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.
Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.
Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.
Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.
Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.
Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi…
SUMBER... 

Ayat Hikmah tentang Cinta

“Ada yang menjaga hati sedemikian rupa, tapi tetap jatuh cinta. Dan ada yang ingin sekali 


jatuh cinta, tapi tak pernah menemukannya."


"Cinta, awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Ia tidak dapat dilukiskan, tetapi harus 


dialami agar diketahui. Agama tidak menolaknya dan syariat pun tidak melarangnya, kerana 


hati terletak pada ketentuan Allah, Dia yang membolak-baliknya." ^_^






~✿..Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi saya kaktus 


berduri..saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu..saya sedih & kecewa..namun 


kemudiannya, kaktus itu berbunga..indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu 


yang cantik..✿~


>>> Itulah jalan Allah..indah pada masanya, Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita 


HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN..kadangkala kita sedih, kecewa, 


terluka...tapi jauh di atas segalanya DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam 


kehidupan kita...(✿◠‿◠)

InsyAllah..semuanya ada HIKMAHNYA yang tersendiri..♥♥



SUMBER;Facebook

Muslimah dan Si Seksi



SEKSI: Kenapa la awak pakai macam ni? Tak panas ka?

MUSLIMAH: SubhanaAllah, saya tak panas. Awak panas ka?

SEKSI: Panas la.

MUSLIMAH: Itu baru api dunia awak dah panas, kalau api neraka?

SEKSI: Alaa, muda sekali ja. So sekali sekala boleh la seksi.

MUSLIMAH: Habis awak jamin awak hidup sampai tua?

SEKSI: Tak la. Tapi belum ready. Eh tapi saya sembahyang tau!

MUSLIMAH: Kenapa awak sembahyang??

SEKSI: Solat tu kan wajib dalam Islam.

MUSLIMAH: Aurat pun wajib dalam Islam. One pakej.

SEKSI: Tapi kalau nak tutup aurat, biarlah ikhlas. Tutup aurat, tapi buat maksiat, tak guna juga.

MUSLIMAH: Kalau ini jawapan awak, maksudnya awak belum kenal Islam dan belum ikhlas terima Islam. 


Islam, jangan kita kurangkan 


amalan yang wajib hanya kerana nafsu. Nafsu itu senjata syaitan. Awak nak jadi pengikut syaitan???

SEKSI: ??????????

MUSLIMAH: Tak tahu nak jawab sebab awak tahu jawapannya. Jangan luahkan, ingatkan diri sendiri.

~>♥ ISLAM DALAM SATU PAKEJ! JANGAN PANDAI-PANDAI NAK LESS OR MORE AS U LIKE

Harga Hantaran

UNTUK ORANG YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA 


HANTARAN 


SEMUA TUH HA BACA NIH:



Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. 


Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan 

 makcik. 




Harap faham-fahamlah ye.. ".


Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, 


terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..


Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. 


Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".


Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar 


DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau 


barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, 


ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!

Carta Dosa

SENARAI 10 CARTA DOSA ANDA DI DUNIA DAN ANUGERAH YANG BAKAL ANDA TERIMA 


DI AKHIRAT

* Peringatan buat diriku serta rakan-rakan seagama yang selalu terlupa dan leka...






1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu.
2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.

3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar

4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah

5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka

6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan

7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu..

8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka

9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka

10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang

Hinanya Wanita tidak tutup aurat dari Babi

Seorang anak murid bertanya gurunya..

"Ustaz, kalau kita pegang babi.. blh x ustaz?"

"xboleh. Sebab babi tu najis mughallazah.."

"Kalau tengok je babi tu.. berdosa x, ustaz?"

"Kalau tengok je..x lah berdosa.."jawab gurunya.


"Kalau kita tengok perempuan yang x tutup aurat, berdosa x ustaz?

"Kalau perempuan yang x tutup aurat, kita tengok.. BERDOSA!.. kalau dah tengok pun berdosa..lagi2lah 


berdosa kalau kita pegang.." tegas si guru.


"Oo..maknanya perempuan yg x tutup aurat, lbh teruklah ye, dr binatang tu.."

Say "I Hate Sleep after Subuh!"


Tidur Lepas Subuh:



Kita sama-sama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh berkat dan di antara waktu yang kita 


diperintahkan untuk memanfaatkannya.




Tetap pada kenyataan sekarang, kita sering melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang 





seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ibadat, ternyata digunakaan untuk tidur dan bermalas-





malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi.


Kita dapat melihat ini dari ucapan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak 





tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang masa. Beliau mengatakan:



“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas.Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula 





yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.


2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam


3. Tidur di tengahari –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu 




pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur 


di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.


Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana 





pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah).

Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila 




mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit 




matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan 





datangnya barokah (banyak kebaikan).”

(Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.


2. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan 





perbuatan yang dibenci.


3.Tidak mendapatkan berkat di dalam waktu dan amalannya.


4.Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau berkata,

“Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

(Miftah Daris Sa’adah, 2/216).

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal 





pagi sudah malas-malas dengan selalu tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malas pula.

5. Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata,

“Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah;

- tidur di waktu pagi,

- sedikit solat,

- bermalas-malas dan

- berkhianat.”

(Zaadul Ma’ad, 4/378)

6. Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)


Oleh: Jannati Baiti(ambil dari FB)