Apakah kaitannya Tasik Galilei dan kedatangan turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi?
Ada
beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi
s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari
ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau.
Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai
pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang
memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku
tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami
berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’.
Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih
dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal
berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering'..(Riwayat Imam Muslim
dalam Sahih Muslim)
Hadis
ini memberitahu saya dan anda semua bahawa bila keringnya tasik ini,
maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan
perhatikan lah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2
besar. Menjadi kerisauan saya sekarang ialah, tasik ini sudah pun
kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun
2000 masihi lagi, dan 9 tahun telah pun berlalu.
Anda
semua harus beringat. Bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana
Nabi Isa akan turun ke planet bumi, membantu Imam Mahdi dan memburu
Dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Tasik
Galilee sedang kering dengan lajunya. Mengikut kajian sains, tasik ini
akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya.
Ketika itulah Nabi Isa akan turun.
Dan
anda semua kena faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun
akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses2 untuk menjadi Asbab
perlunya baginda turun, Asbab itu mestilah terjadi, ini bermakna wahai
tuan2.
Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari.
- Ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
-
Bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil
& fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di
sekeliling kita
-
Anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda tampan dari timur
itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah
40 tahun.
-
dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin tampan
dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di
saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar
di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti.
Ingatlah saudara-saudaraku...
Mereka
ber-3 akan muncul selang silih sahaja dan mereka ber-3 berkongsi
gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada
mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan 1 dari mereka
bertiga berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Sekiranya
umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini). Percayalah, dalam
tempoh 50 tahun ini sahaja semua tanda-tanda untuk munculnya
tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda
ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul atau anak-anak anda
yang bakal berhadapan dengan ujian itu,
Ketahuilah
Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi
dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel
meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik Galilee ini. 9
tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 41 tahun (plus-minus) sebelum
turunnya Nabi Isa ke planet bumi dan anda harus ingat...!!!
Ketahuilah,
Kita
ada tak sampai 41 tahun sahaja lagi sebelum tasik Galilee kering
sepenuhnya, kita ada hanya purata 41 tahun lagi sebelum turunnya Nabi
Isa ke planet Bumi ini.
Sebelum
Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di
keliling kita. Dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan
sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap
di keliling kita, menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar.
Dajjal
akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul
dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan. Sekali lagi saya ingatkan anda
hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar.
Bila 1 tanda besar keluar, maka lengkaplah semua tanda-tanda kecil. Bila
1 tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa
ragu-ragu.
Dan ingatlah wahai Muslimin,
Doa
Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman. Dari susur galur bagindalah
berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad. Dari susur galur Nabi Muhammad
saw lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman
kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tidak tahu bahawa dia adalah
bakal Imam Mahdi. Di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim &
DNA Nabi Muhammad kerana mereka berdua dari keturunan yang sama.
Sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan
Solat. Carilah balik doa Nabi Ibrahim itu (ada dalam Alquran) dan
kerana itulah, solat 5 Waktu di tahiyat akhir akan selalu kita bacakan
nama-nama Nabi itu.