Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Saturday, 8 December 2012

Harapan Aku... Tinggi.

 
 
Selamat petang. Saya ingin meluahkan sedikit apa yang terbuku dihati. Post di facebook, risau dipandang aneh. Jadi post aja di blog yang sunyi ini :)
Aku terpikat dengan seorang akak ni. Namanya indah , rupa parasnya aku tidak tahu. Tapi pada firasatku dia seorang yang cantik dan pada bait-bait ungkapannya aku membayangkan suaranya yang lunak sekali.

Kalau tidak di dunia, mungkin di akhirat.

Post-postnya di fb banyak menyedarkan aku. Bayak memberi pengajaran disamping dia menggunakan nama panggilan 'ana'.

Aku,
Aku sangat,
Aku sangat cemburu,
Aku cemburu dengan dakwahnya.
Aku cemburu dengan sifat patuhnya.
Aku cemburu dengan sifat pemalunya.
Aku cemburu melihat hubungan baik dia dan abangnya.
Aku cemburu dengan sifat2 mahmudah yang ada padanya.

Aku terfikir, agaknya berapa saja tinggi darjatku dihadapanNya ?
Aku selalu terfikir, adakah apa yang aku post itu bermanfaat ?
Apakah ia berguna untuk diriku dan orang disekelilingku ?
Apakah post itu tidak akan menimbulkan fitnah atau riak ?
Apakah aku pasti post itu tidak akan dipandang serong ?
Apakah post itu berbaur perasaan kosong ?
Kini, aku sangat berhati-hati ketika menulis. 
Kerana setiap post kita akan disoal semula di akhirat kelak.
Sebolehnya, aku mahu mengehadkan paling maksimum 5 post dan semuanya bermanfaat.
Aku berazam tidak akan sekali-kali aku menulis perasaan yang akan berbaur fitnah buatku atau orang di sekelilingku.Aku juga akan lebih berhati-hati ketika post Gambar. Cukuplah sedikit gambarku di fb agar dikenal orang. Bukan untuk ditayang dan dipuji. Aku hanya mahu cantik dihadapan suamiku dan Dia. Aku berazam untuk berniqab suatu hari nanti. Mungkin lepas SPM ? Sebolehnya sebelum aku berkahwin kerana aku tidak mahu orang melamarku kerana rupa paras.
Tegurlah aku jika aku ada melakukan kesilapan kerana manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.Tegurlah diriku agar menjadi lebih baik. Semoga yang menegurku akan ditempatkan disyurga kelak. Doain aku juga agar dapat masuk ke Syurga tanpa masuk kedalam api neraka.
Sesungguhnya neraka itu amatlah pedih seksaannya. Sungguh aku tidak sanggup menghadapi siksaan api neraka :(
Lagipula, ahli neraka apabila memasuki syurga akan terdapat 'tanda' pada dahinya yg menandakan bahawa dia adalah banduan neraka. Sungguh aku tidak mahu ! Kerana tanda itu akan kekal untuk selama-lamanya. 
Ya Allah, ampuni dosaku. Kentalkan imanku, jangan kau goyahkannya. Pintalah Malaikat Maut mencabut nyawaku ketika imanku sangat3 tinggi ketika itu. Aku juga berharap agar dapat mengucapkan kalimah LailahaillAllah sebelum menghembuskan nafas terakhirku. Tempatkan aku disyurga Firdausi bersama para ulama` dan Rasulullah tercinta ya Allah. Kabulkan doaku ya Allah.
Rabbana Atina fiddunya hasanah wafil Akhiratilhasanah wakina `azabannar. Wasallallhu ala saidina Muhammad wa`ala alihi wasohbihi wasallim walhamdulillahirabbil `alamin. Amin.
Itu doa yang sering ku amalkan . Terkadang sampai emosi pula. Namun harapanku begitu tinggi menggunung. Harap tercapai. Amin !
Wallahualam

5 comments:

syasandeul said...

Alhamdulillah.Tenang hati bila baca post ni :) Izinkan saya untuk tolong ping-kan entry ni busuk.org boleh? :))

afina rahmat said...

oh boleh je andai bermanfaat :)

Abe Nick said...

ermmm menarik :)

Unknown said...

akak pulak cemburu dgn awk :')

afina rahmat said...

saya bukannya ada apa untuk dicemburukan :'D haha