Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Saturday 3 August 2013

Muhasabah Diri

 
Bismillahirrahmanirrahim.
 
 
 
 
 
Lama dah tak menulis :)
 
Hari ni just nak share benda yang sebenarnya agak lama juga terbuku dihati *cewahh* Berbulan memendam rasanya.
 
Just coret benda yag difikiran je lah ye.
 
Aku rindu diri aku yang dulu.
 
Ye, diri yang selalu menginsafi kesalahan diri. Yang mempunyai keazaman yang kuat untuk bangun Tahajud hari-hari. 
 
Diri yang sentiasa menangis meratapi dosa dan mendambakan keredhaan Ilahi.
 
 
Bukan nak kata sekarang bukan macam tu dah. Tapi yelah...
 
 
IMAN ITU ADA PASANG SURUTNYA.
 
 
Mungkin aku yang dulu lebih baik dari sekarang. Tapi aku masih cuba jadi baik lagi. Pernah bila memikirkan hal ni, aku berdoa, Semoga Allah meminta Malaikat mencabut nyawaku ketika IMANku berada dalam keadaan yang sangat tinggi sepanjang hidup aku.
 
 
Manusia mudah lupa. Melayu mudah alpa.
 
 
Aku terjumpa satu status yang tertulis cenggini..


"Saya pernah kenal dengan Muslimah yang berjuang bermati-matian tidak tunjukkan gambarnya kepada mana-mana ajnabi (kecuali suami dan keluarga) demi untuk mempertahankan SATU maruah dan SATU agamanya. Sanggup bergadai nyawa apabila gambar-gambar peribadinya yang tak pernah ditunjukkan pada sesiapa dicuri orang. Hingga ke peringkat polis dan mahkamah semata-mata untuk mendapatkan kembali gambar-gambarnya. Mempertahankan kehormatannya.

Begitu hebat sekali perjuangannya. Saya hormat dan saya respek.

Bagaimana pula dengan kita?

Tidak sampai ke peringkat mahkamah atau buat laporan polis. Atau ke tahap bergadai nyawa.

Kita sendiri yang merelakan gambar-gambar kita ditatap semahunya. Hanya demi untuk mempertahankan RIBUAN pujian. Kita rela dan redha.

Agaknya bila baru kita mahu mempertahankan agama dalam diri sendiri?

Mungkin bila wajah dah berkedut seribu.
Nak upload pun rasa malu."
 
 
 
 
Allah.... aku terfikir sendiri. Adakah aku masukkan gambar untuk mendapatkan Pujian ? Rasanya tak. Kalaupun ada yang memuji, aku akan padam komen tu. Kenapa entah. Rasa geli pun ada bila dipuji macam tu. Rasa takut riak pun ada.
 
Semoga Allah menjauhkan kita dari sifat RIAK. Aaminn.
 
Apa beza aku yang dulu? Aku yang sekarang?
 
Entahlah. Tapi apa yang aku tahu, sekarang aku kurang sikit jaga batas pergaulan. Bukannya terlalu bersosial. Tapi mesej dengan ajnabi atas perkara tak penting. Selalu. Bukannya ramai. Sorang je pun. Tapi jujur saya katakan, saya suka mesej lelaki ni sebab pendapat mereka biasa lebih mendalam. Yelah, kan 9 akal. Perempuan 1 je. Tapi itulah masalahnya, dia ajnabi.
 
Saya sendiri dah cakap kat dia, jangan mesej kalau takde benda penting. Tapi kadang dimulakan dengan 1 soalan tapi meleret bersembang panjang. Allah. Kadang tak sedar pun. 
 
 DOAKAN SAYA.
 


Kalau dulu rajin bangun Tahajud, tapi sekarang? Terbangun malam pun kadang rasa malas je nak buat Tahajud.

Ada jugak ternampak status macam ni..

PEREMPUAN SOLEHAH ITU TAK AKAN MASUKKAN GAMBARNYA KE FACEBOOK, TAK AKAN BERJIWANG DAN apa entah. Lupa.

Masukkan gambar? Ada.
Jiwang? Haha. Ada juga.
 
 Gambar alhamdulillah menutup aurat. Tapi rasa bersalah juga. Boleh tak Mark Zuckerberg buat button custom gambar hanya perempuan je boleh tengok. Boleh tak? Hmm.
 
 Kalau boleh nak sikitkan gambar. Sedang cuba. Tapi kadang tangan gatal jugak nak share. ALAHAI AFINA ! MENGADALAH KAU NI!
 
 Jiwang pulak.. Tu sekadar copy status. Kalau ada pun, kat Twitter. Jiwang kejap, lepas tu padam balik.

Cuba baca status ni..
 
Malaikat bertanya : ''Apa kekurangan wanita ?'' 
Lalu Allah menjawab , ''Hanya satu hal . Wanita terkadang lupa betapa berharganya dirinya''

Ye betul. Sampai ada yang sanggup menggadaikan maruah. Allahu..

Apalagi yang mengganggu fikiran saya sekarang ni? Purdah. Niqab. Yeah. I`ve dream to wear it. Tapi sikap, perangai pun... Muslimah sejati... Muslimah solehah pun saya tak capai lagi. ADA HATI NAK PAKAI NIQAB ? *hati yang kata* Yelah, takut merosakkan imej mereka yang berniqab pula.

 BUT, PRAY ME. I WANT TO WEAR IT... CAUSE OF ALLAH. NOT ANYONE.

 

Allah.. Sejuk mata memandang.

Bila cakap pasal niqab ni, teringat pulak pada bakal Zauj. Kahkah. Yelah, saya taknak orang pilih saya jadi Zaujah disebabkan wajah. Sebab tu, saya nak tutup.

 Pernah ada yang ajak saya Couple. But, SORRY TO SAY. I hate it. Saya nak yang halal terus. Bukan couple. Tapi seronok kan bila ada Zauj/ zaujah? Adalah yang tolong kejut pagi solat Tahajud sama-2. Makan sama, solat sama. Bersulam cinta halal. Allahurabbi. Ha kan jiwang dah mula.

Tapi, untuk ingatan diri sendiri. Macam mana diri kita, In Sha Allah macam tu lah nanti pasangan kita. Kalau nak pasangan yang baik, kita kena jadi baik. Kan ? :)


 
*Kredit kepada Google*

 Allah tahu apa yang kita fikirkan. Allah tahu apa yang kita rasakan.

 Aku Bukanlah Muslimah Tanpa Dosa. Tapi Muslimah Yg Pantang Menyerah Dalam Memperbaiki Diri. Berusaha Untuk Bangkit Saat Hati Hancur Berderai.

 Pepatah Melayu: Sediakan Payung sebelum hujan. 
Pepatah Islam: Sediakan amalan sebelum ajal



Doakan saya jadi anak yang solehah, isteri yang taat, ibu yang terbaik dan hamba Allah yang akan menghuni SyurgaNya. Doakan saya berjaya berniqab. Doakan Iman saya terus meningkat. Doakan apa yang saya hajati tercapai. InsyaAllah. Doakan ye? Sudi? Semoga Allah memberi perkara yang sama kepada pembaca :) Aaminn.



Muhasabah Diri.



 

4 comments:

Nurul said...

May Allah bless.

Doakan saya juga.

afina rahmat said...

InsyaAllah ^^

maisarah jafridan said...

salam ramadhan al-mubarak & salam aidilfitri yeaa :D

budoxe said...

ramadhan kian meninggalkan kita