Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Monday 1 August 2011

Kagum akan Ramadhan. Ia Kembali Lagi!

Assalamualaikum wbt.

Wah ! wah ! bukan main suka lagi bila puasa menjelang !





Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!Welcome ya Ramadhan ! Dozo-dozo !Bulan ni, satu dunia menyambut Ramadhan. Tapi kebanyakan orang Islam kini lupa dan juga lalai.Kita ni puasa bukan sekadar puasa tau ! Ada tanggungjawab nya ..Lagipun , ganjarannya MASYAALLAH ! banyak yang amat . Kalau diikutkan , perempuan yang ABC yang sepatutnya mereka ganti tu , pahalanya tak sama seperti di bulan Ramadhan . Sebulan macam seribu bulan !kalau ABC 7 hari , agak2 berapa ratus hari yang perlu mereka puasa untuk sama dengan pahala pada bulan Ramadhan . Haa .. ambil kalkulator , tepuk dada la .. ( eh , apa kene-mengenanya ..? ) biarlah .. janji paham .


nak cerita ni .. dimana kemeriahan Ramadhan? Di mana keindahan nya? Adakah ia terletak pada makanan. Atau ganjaran pahalanya? meh kita telaah samo2 iyo .. 


Sesungguhnya...
bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.(I think it sound skema)Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya in menangguk dagu sahaja? Fina rasa , kalau nampak duit tu , tak tongkat dagulah korang an ? Mesti tadah dengan lori !Tapi kalau pahala ?? ooo , orang tak nampak , so tak tadah la ya ..? Ingat tau ! ajal2 bila2 boleh jemput . Macam atok Fina tahun lepas, seminggu sebelum raya dah meninggal. Aaa ! tanak sad story ! Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. jangan biarkan peluang lesap begitu sahaja !



Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.*perenggan ni saye copy sebab ayat dia best !


Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.



Kedua, perbanyakkanlah amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitab al-Quran sebagai peneman, Qiamullail itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.



Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.



Keempat, elakkanlah diri daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.



Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatMu,kenapa ramai manusia yang  masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?


Bagi Fina la an .. yang ketiga tu agak sukar juga , terutama bagi perempuan . Jagalah mulut mu ya wahai cewek2 , jangan biarin kita dapat dosa FREE gitu !

Kalau dulu kita baran , kini penyabar .Kalau dulu kita bakhil , kini pemurah. Kalau dulu suka berfoya-foya, sekarang beramal ibadat . Harap-harap apa yang dikongsi dapat dijadikan teladan dan amalan ..

Buat sekali keburukan , tinggalkan . Buat sekali kebaikan , teruskan .Wassalam.

2 comments:

ekabukanmakcikkau. said...

tu ahh pasal aku dah memang kalau boleh nak khatam tahun ni , ececehhh . kau ape palkk ? haaha

BILA PONDAN BERBULU LEBAT BERAK DI BLOG AKU

afina rahmat said...

tahun lepas nk khatam an gak tapi tak cukup lagi 3 juzuk la .. tahun ni azam nk tarawikh setiap hari selagi tak abc la . hehe