Tips dan Cara Menghilangkan Jerawat dengan cepat secara semulajadi dan memang terbukti oleh kebanyakan pengamalnya. Anda sendiri tahu wajah merupakan salah satu bahagian daripada tubuh kita yang paling sensitif serta paling terdedah, jadi apa akan berlaku sekiranya jerawat menyerang wajah? Apakah tindakan yang akan anda lakukan..? Admin yakin anda pasti ingin segera mengatasinya dengan cepat dan biasanya akan memilih dengan cara yang semulajadi, kerana risikonya yang sangat kecil jika dibandingkan dengan perawatan wajah yang menggunakan bahan kimia.
Kepada mereka yang memiliki wajah yang baik dan jauh dari jerawat ini merupakan hal yang mungkin bukan masalah besar kerana tidak pernah merasakannya, namun kepada mereka yang mudah dan sedang dijangkiti jerawat, macam mana caranya mengatasi jerawat supaya hilang dengan cepat dan tidak menimbulkan kesan samping yang merbahaya, dimana ianya mampu mengurangi kecantikan wajah khususnya kepada para wanita.
Melalui artikel ini admin ada beberapa tips dari pakar yang berkelayakan yang boleh anda gunapakai atau praktikkan. Sebelum itu, anda baca dan fahami terlebih dahulu, dan kemudian bolehlah diaplikasikan. Practice make perfect. Insya-Allah.
Melalui artikel ini admin ada beberapa tips dari pakar yang berkelayakan yang boleh anda gunapakai atau praktikkan. Sebelum itu, anda baca dan fahami terlebih dahulu, dan kemudian bolehlah diaplikasikan. Practice make perfect. Insya-Allah.
Tips 1: Lidah Buaya – menghilangkan jerawat dengan Lidah Buaya
Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, tampalkan/tempek di bahagian yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Jika anda berterusan memprektikkannya, jerawat pada wajah mungkin akan mengering lalu mengelupas selama 3 hari. Selain itu lidah buaya juga mampu menghilangkan bekas jerawat yang degil. Sekali lagi kuncinya hanya satu, BERTERUSAN!
Tips 2: Putih Telur – menghilangkan jerawat dengan Putih Telur
Bagaimana caranya? Mudah saja. Pisahkan kuning telur dan ambil putih telurnya saja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat.
Tips 3: Ubat Gigi – menghilangkan jerawat dengan Ubat Gigi
Perhatian: Satu perkara yang perlu diingat adalah ubat gigi yang digunakan itu adalah yang berbentuk ubat (seperti Pepsodent) bukan yang bentuknya gel (seperti Close Up). Caranya hampir sama denga kedua cara di atas. Tempek ubat gigi ke jerawat dan bahagian lain di sekitar jerawat tersebut sebelum tidur. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang bersih.
Tips 4: Bawang Putih – menghilangkan jerawat dengan Bawang Putih
Sebenarnya terdapat dua pilihan dalam menggunakan bawang putih untuk proses menghilangkan jerawat. Pertama adalah dengan menumbuk dua atau lebih ulas bawang putih hingga cukup halus lalu dipakaikan pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Manakala cara kedua pula adalah dengan memakan satu atau lebih bawang putih setiap hari. Banyak yang mengatakan kedua cara ini cukup efekktif, namun bagi anda yang tidak menyukai bau bawang putih mungkin lebih baik menggunakan cara yang lain. Jangan risau kerana masih terdapat banyak lagi cara semulajadi yang akan admin jelaskan di bawah ini.
Tips 5: Tomato – menghilangkan jerawat dengan Tomato
Tahukah anda? Khasiat buah tomato selain baik untuk kesihatan mata, ia juga cukup efektif menghilangkan bintik hitam (blackheads). Perkara pertama yang harus anda dilakukan adalah dengan menghiris tomato menjadi dua bahagian lalu dipakaikan ke seluruh wajah yang berjerawat dan biarkan selama 15 minit – setelah 1 jam barulah bilas.
Tips 6: Lemon/Jeruk Nipis + Air Mawar – menghilangkan jerawat dengan Lemon
Lemon, jeruk nipis dan buah-buah sejenisnya mengandung asid sitrik yang sangat kaya, dimana fungsi asid sitrik ini sangat baik untuk memindahkan sel-sel kulit yang mati yang boleh menyebabkan jerawat. Tekniknya ialah dengan mencampurkan jus/perasan lemon dengan air mawar kemudian pakaikan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu bilas dengan air suam. Amalan terapi ini secara rutin dan konsisten selama 15 hari akan memberikan hasil yang cukup luar biasa.
Tips 7: Kayu Manis - menghilangkan parut jerawat dan kesan hitam- Kayu manis ditumbuk sehingga halus menjadi serbuk.Kemudian, sapu serbuk itu ke muka.Biarkan selama 15-30 minit kemudian bilas dengan air.InsyaAllah parut dan bekas jerawat akan hilang..Amalkan sekerap mungkin..2/3 kali sehari..
Sebenarnya masih ada banyak lagi tips, petua dan cara-cara menghilangkan jerawat secara semulajadi, tapi dengan cara diatas admin pasti sekiranya anda mencuba insya Allah akan berkesan.
**Semuanya tradisional, memang menjimatkan !
**Saya bukan pakar sangat, jadi sila rujuk doktor atau yang pakar dahulu.
**Kalau taknak buat sebab rasa macam pedih, elok takpayah buat k? :)
**Kesan berbeza mengikut individu.
**Kalau betul nak try, jangan lupa selawat. InsyaAllah..
Ini adalah treatment orang dulu-dulu. Yelah kan dulu mana ada produk semua bagai.
**Semuanya tradisional, memang menjimatkan !
**Saya bukan pakar sangat, jadi sila rujuk doktor atau yang pakar dahulu.
**Kalau taknak buat sebab rasa macam pedih, elok takpayah buat k? :)
**Kesan berbeza mengikut individu.
**Kalau betul nak try, jangan lupa selawat. InsyaAllah..
Ini adalah treatment orang dulu-dulu. Yelah kan dulu mana ada produk semua bagai.
12 comments:
Nasib baik syada bukan jenis yg selalu kena jerawat :) Good info btw :D
nice info,,luv beauty <3
tradisional semuanya =)
tips 8 : guna tangan sendiri kopek. hihihi. joke je...
nak hilangkan blackhead camne eh?
haha tips ke 9, guna kertas pasir dan gosok muka sampai licin
bwg putih mmg bgos kan..byk khasiat escp tok org sakit kanser..
tp sgka leh jgak gna tok hlgkn jerawat..nice info..
makasih banyak buat sharing infonya..
Anda bisa menemukan informasi lengkap mengenai cara
menghilangkan bekas jerawat
di jerawathilang.com
semuanya jenis yg pedih2 ni.hehe.tq~
Klau tak nak pedih, gunakan ubat gigi..
Sejuk..... Berkesan Dan paling senang.
Kalau kuning n putih telur campur sekali boleh tak
Rasya - Blackhead saya pun degil takmau pergi. Haha. Skrg dah moden, boleh cuba Floral Mask/ Shiseido Mask.
Jahat - Kau ni meme jahat lah. Haha. Pakai ertas pasir? Cubalah kat muka kau dulu xD
Hanis - Hehe, taknak pedih, boleh pakai produk yang ada di pasaran. Have faith in Allah, in sya Allah boleh selelsaikan masalah.
Anonymous - Biasa orang taruk putih telur je sbb nanti kering senang. Yang kuningnya tu, goreng dan makan :P buat masak sup telur pun sedap juga. Hehe.
Post a Comment