skip to main |
skip to sidebar
Jika Aku Ingin Berpurdah
Selamat Petang readers :)
Hari ni nak share satu topik umum untuk setiap muslimat yang ingin BERPURDAH.
Kerap kali saya melihat sesetengah perempuan letak gambar mereka SENDIRI berpurdah di FB. Tidak aneh jika setiap muslimat ingin berpurdah. Tapi, berpurdah bukan SENANG.
Ehhhh ? Kenapa pula ? Ambil je la kain tutup muka. Apa yang susahnya ?
Seperti yang umum mengetahui, BERPURDAH/BERNIQAB itu adalah Sunnah. Bukan Sunnah Rasulullah ! Tapi isteri Baginda.Sebelum berpurdah, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan iaitu PERKARA WAJIB.
1. Lihat gambar di bawah. Tingkat berapakah kita berada ?
*klik gambar untuk lebih jelas*
Apa yang banyak saya lihat ketika keluar pulang ke kampung ke.. bercuti ke.. RATA2 nya berpakaian pada peringkat 6.
Kadang saya sendiri malu melihat kaum hawa berpakaian ketat. Maaf pada awalnya. Ini sebagai peringatan pada diri saya sendiri sebelum orang lain. Kalau boleh, biasakan diri berpakaian pada peringkat 7. Itu normallah.
2. Sebolehnya, biasakan diri berSTOKIN. Kalau tidak biasa, boleh cuba STOKIN BERCORAK. Tak kisahlah corak apa pun ! Strawberry ke... Jalur2 ke.. Pada mulanya, mesti kita rasa asing dengan stokin yang berwarna COKLAT dan HITAM. Mesti bosan kan !! so, step awal kita boleh cuba cara ni.
*Ini tips daripada senior sekolah saya*
3. Kurangkan gambar kita di FB.
Saya tahu, saudari semuanya Lawa-lawa belaka ^^ Tapi kan, apa kata kita pakat2 untuk tunjukkan wajah kita pada yang mahram je ? Tak gitu ?
Kata UAI, kalau dah teringin sangat2 nak letak gambar, boleh.. Macam ni..
-Gambar tu mestilah kecik
-Menutup aurat dengan sempurna
-Tak buat muka tergedik/manja
Nak letak gambar besar boleh tapi jangan buat muka *jangan marah* Lagi afdhal kalau dalam 1 gambar tu ada ramai orang. Kan ? Kan ? Saya berkata-kata apa yang saya faham. Saya seorang manusia biasa. Banyak melakukan kesilapan. Dulu, saya sendiri pernah letak gambar tak bertudung. Namun atas teguran seorang kakak senior sekolah saya, saya delete semua gambar tak menutup aurat. Semua manusia boleh berubah, termasuk kamu yang tengah baca ni sayang :)
Jgn kau bangga dgn
kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan
bagimu. Saudariku,muliakanlah dirimu dgn TAQWA ♥ cp from Allahurabbi
4. Sebelum berpurdah, kena biasakan diri bertudung labuh. Takkan kita dari freehair terus berubah kepada berniqab ? Bagi saya itu terlalu drastik.
Takut tak teristiqamah pula.
Takut riak mendekati kita.
Nak pakai purdah dengan tudung silang2 boleh, dengan shawl pun boleh, dengan tudung Indon pun boleh , tapi pakai dengan tudung bulat lagi senang lagi selesa. Rasa terlindung :') Serious nihh.
5. Untuk cara awal, kalau takut tak istiqamah berpurdah, kita cuba pakai purdah dalam rumah dan ketika jalan jauh/melancong. Bila jalan jauh kan orang tak kenal. Katakanlah kita dah berpurdah dan orang sekeliling...jiran2...kawan2..sedare-mara dah tau kita berpurdah tapi tiba2 kita open purdah tu semula. Pandangan orang mesti pelik kan ? Tapi jangan risau, tidak pelik dimata Allah kerana itu satu Sunnah. But better istiqamah. Kan kita nak cantik dimata Allah (^^,)
6. Bila dah berpurdah, tidak perlulah menghebahkan bahawa kita berpurdah. Cukuplah orang sekeliling sahaja yang tahu. Bukan apa, takut tertimbul perasaan RIAK. Ramai orang tewas dengan 1 perkataan ni iaitu riak. Dan disebabkan riak, amalan kita tidak akan sampai pada buku amalan kita.
Untuk tips tambahan,
Tulis status baik-baik di facebook.
Berdakwahlah dimana pun kita berada.
Banyakkan Solat Taubat.
Berpurdah bukan beerti seseorang itu baik tapi sekurang-kurangnya seseorang itu cuba menjadi baik.
"Saya cuma menyampaikan apa yang terbuku dihati. Niat saya agar boleh perbetulkan tanggapan seseorang. Dan saya juga berharap agar dapat memperbaiki diri saya sendiri sebelum saya memperbaiki akhlak orang lain."
Saya tak kisah kalau anda marah saya tapi saya kisah kalau anda taknak kawan dengan saya :'(
Akhir kata, jangan Bash saya ! hehe.
Oh ya, kepada muslimat sekalian, SELAMAT BERPURDAH. Semoga sentiasa diredhai Allah ^^
-Afina Rahmat-
11 comments:
salam.sy suka dgn entri awk y ni.sy mmg berniat nk berpurdah tp cara sy berpakaian dan sikap sy perlu diperbaiki dulu agr niat sy ni tak brhenti separuh jln :)
hm. samalah kita :)
nice entry gurl.. pandangan yg menarik skali. In Shaa Allah sme2 kte mendekati ke jalan redha-Nya. bertindak sedikit dmi sedikit dan akhrnya dapat diistiqamahkn :)
In Sya ALLAH ^^
hehe.. akak suke tips stoking tu XD
err .. nak buat pembetulan sikit ,
muhrim tu org yg pergi haji .
mahram tu baru orang yg dikatakan bapa .abang ,adik ... mungkin afina boleh goooooooooogleee sendiri . barakallahu fik :)
tengs 4 sharing this ilmu :)
barakaALLAH :)
@NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI, sama2 ^^
@ukhti rnajieha, 'senior' yg saya maksudkan tu akaklah :P hehe
thanks sbb kongsi :)
salam, tentang "wanita baik tidak memandang dan dipandang", ianya berasal dari hadis palsu. rujuk, video ni '20 hadis palsu popular riwayat facebook' http://www.youtube.com/watch?v=kQdAkxz7POc
Nice entry . tersentuh juga . sya pun teringin nak berpurdah tapi tak tahu macam mna . . tapi ada yg tip pkai purdah time pergi jauh2 . betul juga. . sya tak pernh trfikir pun . .hehehe . thank so much
@tiqa tia ,sama2 ^^
@anonymous, ehh? saya taktau pulak. thanks 4 sharing the info :)
@izy tale, hee, sama2.
Post a Comment