Anak Kelantan : KISAH PENJUAL AYAM YANG JUTAWAN.
Kecoh seluruh negara dan menjadi trending no 1 di media sosial Malaysia
ketika ini mengenai isu seorang bapa memberi Hadiah sebuah kereta Mini
Cooper untuk anaknya yang mendapat keputusan cemerlang 5A iaitu adik
Fatini daripada SK Zainab 2 , Kota Bharu.
Lagi tergaman, situasi ini terjadi disebuah negeri nun jauh di pantai Timur yang seringkali dimomok-momokkan sebagai negeri paling Miskin di Malaysia.
Ya benar, kejadian ini berlaku di Kota Bharu. Ayahnya hanya seorang
penjual ayam, belajar sehingga SPM sahaja tapi berkat usaha dalam
perniagaan mampu memberi dan menukar status keluarga mereka daripada
miskin kepada golongan yang mempunyai masa depan.
Saya turut
sedih membaca setiap komen di facebook yang mengutuk bapa Fatini yang
menyamakan kes ini sebagai tidak masuk akal, megarut, menunjuk-nunjuk,
membazar dan sebagainya. Biasalah, orang Melayu Malaysia memang terkenal
dengan sikap dengki, suka mengutuk jika orang lain lebih daripadanya.
Ada komen seperti " Alah, jual ayam je pun. Aku belajar sampai degree,
jadi pegawai kerajaan hanya mampu pakai Myvi. Gile nak menunjuk bapak
dia ni "
Saya yang membaca komen sebegini turut luruh air mata
menunjukkan masyarakat Melayu kita benar-benar kritikal mengenai isu
moral. Langsung tiada adap, mahupun akal yang waras walaupun mempunyai
ijazah.
Ayah Fatini hanyalah anak Kelantan yang langsung tidak
cemerlang , result UPSRnya adalah 4D1E sahaja bukan seperti anda
mempunyai ijazah. Tetapi berkat usaha beliau bangun seawal jam 4 pagi,
terus ke kedai menyembelih beratus-ratus ekor ayam untuk dijual dihampir
seluruh Kelantan . Siapa yang kerja seperti ini, bergelumang dengan bau
tahi ayam setiap hari, kena sembilih ayam , potong ayam dan sebagainya.
Ayahnya juga bukan seperti anda, log in FB tengok orang berjaya dan
buat 'benda pelik' sedikit terus kutuk, maki tanpa rasa belas. Ayahnya
cuma penjual ayam tetapi jutawan. Itu sahaja.
Anda bekerja
makan gaji dengan gred 41 pun belum mampu untuk menjadi jutawan
sekiranya sikap anda yang seringkali menyangkal kejayaan orang lain.
Yang peliknya, orang kaya dan ahli politik yang secara terang-terangan
salah guna duit kerajaan dan memberi kemewahan kepada anak mereka tidak
pula anda maki sehebat dugaan yang diterima oleh ayah Fatini ini. Niat
ayah Fatini cuma satu, berkongsi rasa gembira dengan kejayaan anak
sulungnya yang cemerlang dengan penuh rasa syukur.
Kepada anda
yang mempunyai ijazah ataupun kelayakan iktisas yang lain, saya cabar
anda untuk gantung sijil graduasi anda di dinding dan menjadi seorang
penjual ayam seperti usaha yang ayah Fatini lakukan ini. Kita lihat
hasilnya.
Inilah kisah seorang anak Kelantan menjadi jutawan hanya dengan menjual ayam.
Nukilan oleh : Pok Dogo