Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Sunday 17 November 2013

Jenazah Si Comel

 
 Sharing sebuah kisah dari seorang ukhti. Baca sampai habis ye :)
 
 
 
Alhamdulillah.
Selesai menguruskan jenazah "kucing comel" yang pergi ke sisi Ilahi pagi tadi.

Si comel ini sewaktu hayatnya.
Bukan aku yang setiap masa membelainya.Bukan aku yang memupuk-mupuk manja kepalanya.Bukan aku yang gemar memeluk dan mendakapnya dan meletaknya di ribaan.Bukan aku.

Si comel ini semasa hayatnya.
Bukan aku yang membawa bermainnya hingga haus seharian.Bukan aku.Bahkan,aku hanya memerhati dari jauh,kurang sekali bersamanya hari ke hari.Apatah lagi dengan kesibukan di luar rumah aku jarang bersemuka dengannya.

Si comel ini semasa hayatnya.
Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke bilikku.Mahu bermain di bawah meja tulisku.Ketika aku muncul bercekak pinggang ,dia meluru naik ke tilam dan penuh bulu-bulu halus di tempat tidurku.Oh si comel yang manja selalu.Baru semalam si comel meninggalkan jejaknya di atas beg galasku.Hanya gelengan menyertai beg yang ku masukkan ke mesin basuh.

Tak mengapa,si comel memang begitu.
Si comel tak tahu.Si comel tak punya akal seperti aku dan kamu.

Tapi aku kecewa.
Tika si comel ini putus nafasnya.Tika si comel sudah tidak bernyawa.
Mana dia tangan-tangan yang selalu membelainya.Mana manusia2 yang suka menggomol dan mengusiknya.Mana mereka pergi ketika si comel perlu di selenggara?Mana pergi semuanya?

Benar kata sahabatku." kucing ni,kalau yang nak peluk dan sayang2 ramai tapi bila dia buang najis dan dia mati.Belum tahu lagi yang memeluk dan menyayang itu mahu peduli."

Oh.Sakitnya hatiku ini.
Berani kamu berbuat begini pada binatang kesayangan Rasulullah SAW?
Berani kamu berbuat begini pada sahabat Abu Hurairah R.A?


Oh pedih hatiku.

Jangan.Jangan.
Jangan kerana dosamu pada si comel ini membuat kamu di lambatkan penghisaban di akhirat.

Oh jangan.Jangan.
Jangan kerana dosamu pada si comel ini buat kamu tak bisa melintas titian Mustaqim.

Oh.Tidak tertahan hatiku.

Si comel yang kamu sayang-sayang.Si comel yang kamu peluk-peluk.
Sudah tiada lagi di dunia ini.

Ya.hanya aku yang bersedih.
Dan kamu tak perlu bersusah hati.
Si comel dah kembali ke sisi Ilahi.

Al fatihah untuk sahabat Abu Hurairah R.A.
Aku nak deactive FB ku sekali lagi kerana sedihku.

Kalam Bidadari Official
 
 

No comments: