Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Sunday 24 April 2011

Berapa Bulan ?

Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak selama 3 bulan. Setelah mendapat nombor gilirannya di kaunter, dia duduk berehat.

Tiba gilirannya, pegawai kaunter pembayaran terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya.

“Berapa bulan, Puan…?”

Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab,

“Dah Masuk lapan bulan ni…” sambil mengusap2 perutnya.

Moral:

1) tolong faham soalan.

2) soalan biar lengkap ok.

Alahai Cikgu

Cikgu Hayati baru saja memulakan kerjayanya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Ketika waktu rehat, dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain bola sepak di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Cikgu Hayati cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah. Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja. Mendengar jawapan itu Cikgu Hayati lalu meninggalkannya. Beberapa minit kemudian Cikgu Hayati memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Cikgu Hayati kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Cikgu Hayati mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

” Nak cikgu teman kamu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasakan bahawa pendekatannya berhasil Cikgu Hayati bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”

“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

“… Saya adalah penjaga gol!”

Moral: Itulah masa kat sekolah tak bersukan.

Anak berdasarkan Pekerjaan

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation”, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Moral: kebetulan atau suratan? tepuk dada tanya diri sendri la.

Payahnye Nak Kahwin

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzy: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm…. Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!

Moral: Jangan sesekali menghampiri perbuatan yang dilaknati Tuhan Lihatlah kesannya.

Nak Jimat punye Pasal

Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000
“Encik….pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.
“Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya,” Kata Zul
Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
“Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50″ Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.

“Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?” kata eksekutif itu.

Zul berpaling dan tersenyum. “Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu.” jawabnya.

Moral: hidup mesti berjimat.betul kan ?

Kisah 3 Sekawan

3 sekawan iaitu KURA-KURA , LIPAN dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA-KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak LIPAN dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI JADI di rumahnya.Maka,datanglah LIPAN dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA-KURA.Satu jam kemudian,KURA-KURA bertanya kepada KATAK.

KURA-KURA:Hei, katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:……..patutlah, air tin dah habis lah!
KURA-KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli air tin kat kedai depan tu.
KATAK:Ala….kaki aku sakit lah, dari tadi asyik melompat je.Kau suruh Lipan lah pergi beli.
KURA-KURA:Bagus jugak idea kau tu.
LIPAN:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA-KURA:Ala…kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak minum jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah…..
LIPAN:Ok lah,aku pergi beli sekarang. Tapi….

10 minit…30 minit…1 jam…berlalu, LIPAN masih belum pulang lagi dari kedai. KURA-KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada LIPAN. KURA-KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari LIPAN yang belum pulang lagi. Setibanya di pintu keluar, LIPAN sudah pun berada di depan pintu. KURA-KURA pun berkata..

KURA-KURA:Hah,itu pun kau. Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei, kau tau tak,kau buatkan kami risau je….. Mulut aku dah naik kering ni.
KURA-KURA:Air tin yang aku suruh beli tu mana?
LIPAN: Hehehehe.. sebenarnya… Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis, sampai 1 jam kau buat apa?
LIPAN:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

Moral: Nak suruh kawan pun fikirlah dulu akibat dan kesannya.

Pasal Angkat Bagasi

Sekumpulan pelajar sekolah rendah sedang menuju ke hotel. Mereka semua sedang mengikuti rombongan mendaki Gunung X. Ani dan kawan-kawan masing-masing sedang membawa bagasi milik mereka.

irfan : Fuh, beratnya bagasi ni. Eh, Ani, kau boleh bawa ke bagasi kau tu..?

Ani : ala, kau tak payah tunjuk hero.. aku boleh bawa la.. kau angkat bagasi kau dah la.. setakat bagasi nih takda hal la (jawab Ani dengan bangga)

irfan : ha, kalau macam tu bawa la bagasi aku sekali..bila lagi nak buat pahala..

Ani : hampeh, punya kawan…

moral: tolong-menolong amalan mulia.hehhe

Cikgu Mati Terkejut

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas….

Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan.. tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. Lalu guru itu berkata… (untuk kepastian)

“Selama saya mengajar awak semua, tidak pernah pula kamu bersikap begini. Ini sangat menghairankan… boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?” guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam…

Tiba-tiba, salah seorang muridnya bangun dan berkata..

“sebab… cikgu pernah kata dulu… jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut, ha! ha! ha!”

sambil memerhatikan gurunya yang jatuh ke lantai. Terkejut sangat barangkali. Dan malangnya, kelas kembali bising macam biasa…

moral: janganlah sampai nak cikgu mati terkejut. kejam tuh!

Kunci Kereta

Suasana di Kota London semakin mendung . Robert dan Ellisa keluar dari keretanya untuk membeli belah. Oleh kerana terlalu gembira, Robert tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Robert berkata,

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”

“Tak boleh,” jawab Ellisa.

“Nanti orang fikir kita terlalu bodoh… sampai gunakan
penyangkut baju.” sambungnya lagi.

Kemudian Robert pula berkata,

“Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.” bantah Ellisa.

“Ellisa!” jerit Robert tiba-tiba.

“Kita mesti fikir cepat, macam mana nak ambil kunci tu. hujan dah nak turun ni… sunroof terbuka!!!”

Moral: Otak ada, mata ada, gunalah sebaiknya…

Cacing ade Faedahnye

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil dua ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.

“Cuba perhatikan murid2… Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi?” tanya cikgu.

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

“UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…MINUMLAH ARAK… “

Moral: arak adalah haram disisi Islam. Gunakan sampel yang terbaik untuk mengelak kekeliruan ye ..

Aduhai Nenek

Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.


Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi.


Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, “Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?”. Sekali lagi si nenek terlupa…….

Moral: Jangan biarkan nenek anda bersendirian. Hehhe

Kotak Hitam

Seorang budak bertanya datuknya kenapa kotak hitam menjadi barang utama dicari setiap kali kapal terbang terhempas.
Datuknya berkata: “Kotak hitam itu adalah peti yang diperbuat daripada besi kebal supaya ia tidak berkecai sekalipun kapal terbang terhempas. Dalam kotak hitam itu ada pita rakaman suara juruterbang dan perakam data penerbangan.”
“Jadi kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku kepada kapalterbang sebelum ia jatuh terhempas atau meletup,” tegas datuk dengan bersahaja dan percaya cucunya faham.
Namun cucunya berkata: “Saya hairan tuk, kalau orang boleh cipta besi kotak hitam yang tak musnah atau berkecai, kenapa orang tak buat saja kapal terbang dari besi kotak hitam itu. Tentu ramai orang terselamat kerana kapal terbang tak berkecai bila jatuh terhempas.”
Kali ini datuk tergaru-garu kepala mencari idea untuk menjawab soalan cucunya.

Moral: budak-budak berfikir….

Enjin Boeing

Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin membohongi orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbang.
Suatu hari dia bertemu seorang tua yang ingin tahu mengenai kapal terbang.
Orang tua itu berkata: “Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang boeing tu. Atuk dengar kapal terbang tu ada macam-macam nama. Boeing 747, 737, 707….apa ke benda tu?”
Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak terbongkar dan lantas berkata: “Ah, mudah tu, tok. angka di tengah tu menunjukkan enjinnya.
“Maknanya, Boeing 747 ada empat enjin, Boeing 737 pula ada tiga enjin.” Kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan meyakinkan.
Orang tua itu termenung lama lalu berkata: “Kalau gitu nak, Kapal terbang baru Boeing 777 tu ada tujuh enjinlah ye?”
Pemuda itu mengelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata:

“Ya lah Boeing 777 tu, memang ada tujuh enjin.”
Tiba tiba orang tua itu berkata:

“Jadi Boeing 707 tu, tak ada enjinlah.”
Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata: “Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin.”
Orang tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui temberang pemuda itu.


Moral: jangan nak temberang. Tu lah , sape suruh

Kambing Hitam dan Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : “Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?”
Gembala : “Oh, boleh saja”
Pemuda : “Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih”
Gembala :”Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Aaa…menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) “Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja”
Gembala :”Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.”
Pemuda : “Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?”
Gembala : “Yang hitam pun sama, saya punya juga”
Pemuda : (bengang, geleng kepala dan berlalu)

Moral: nak berbelit-belit sangat kenapa???haih ...

Look Otak

Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.
Peguam: “Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?”
Saksi: “Tidak.”
Peguam: “Denyutan jantungnya, awak periksa?”
Saksi: “Tidak.”
Peguam: “Pernafasannya?”
Saksi: “Tidak.”
Peguam: “Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?”
Saksi: “Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati?”

Moral: Siasat betul-betul sebelum heret orang ke mahkamah!

Sapu Tahi punye Pasal

Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: “Bagaimana kaki kamu boleh kudung?”

Lelaki: “Cedera ketika perang dunia kedua.”

Penemuduga: “Kenapa tangan kamu bercangkuk?”

Lelaki: “Terpotong dengan pisau besar!”

Penemuduga: “Mata kamu pula?”

Lelaki: “Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.”

Penemuduga: “Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?”

Lelaki: “Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.”


Penemuduga: "!!"

Moralnya: jangan pakai pencangkuk di tangan.

7 Cawan

Suatu pagi seorang gadis membawa termos singgah di sebuah kedai kopi untuk membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.
Gadis:”Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos saya?”
Pelayan: “Saya rasa mungkin tujuh cawan.”
Gadis: “Baiklah…..Bagi saya dua cawan teh,empat cawan kopi susu dan satu cawan kopi tanpa gula.
Pelayan: ?????

Moral: Beku kot otak pagi-pagi gitu.

Kesian Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

Posmen: Assalamualaikum

Lelaki: Walaikumsalam

Posmen: Ni rumah encik encik Sameon ye?

Lelaki: Ya saya

Posmen: Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni

Lelaki: Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje (dengan muka slumber)

Moral: Kenalilah Posmen.wahahaha !

Si Pencuri Sengal

Pada suatu hari, Mikail telah kehilangan 4 ekor lembu miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah 3 hari melakukan operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Adam.

Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik En.Mikail. Adakah kamu mengaku salah?

Adam : betul tuan

Polis : Berapa ekor yang kau curi?

Adam : Seekor saja, tuan

Polis : kamu tak tipu?

Adam : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja

Polis : Tapi, Mikail kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya

Adam : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor

Polis : kamu jangan cuba berbohong. Mikail kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor

Adam : Betul tuan, cuma seekor. saya cuma mencuri ibu lembu… tapi, bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan… bukankah berdosa memisahkan sebuah keluarga?

Moral: aku harap takde yang sanggup memisahkan aku dgn keluarga aku.ngeh3x ,

Berenang utk Kambing

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : “Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang”

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
“Salim berada di dalam air melatih kambing berenang”

Moral: Berpantanglah demi kesihatan anda.

Tunangku Kaya

Siti yang baru bertunang dengan kekasihnya Azrin berasa sangat bahagia, kerana setiap kali mereka berjumpapasti ada sahaja hadiah yang diberi oleh Azrin. Gelang lah, jam tanganlah, cincin lah, rantai berlian pu ada.

Siti selalu bercerita tentang kebaikan Azrin kepada kawan-kawanya sehingga mereka meluat mendengar cerita Siti. Maklumlah tunang orang kaya lah kata kan.

Pada suatu hari, Siti berjalan-jalan dengan kawan-kawannya di bandar. Tiba-tiba, rantai Siti diragut oleh seorang peragut yang sedang menaiki motor. Tetapi, malang tidak berbau, tayar motor peragut tu meletop, maka jatuh tergolek peragut tersebut betul-betul depan Siti yang masih terperanjat dan kesakitan.

Tiba-tiba, “Ehh, Siti rupanya, sorry la abang tak perasan… abang baru je plan nak bagi Siti rantai emas besok……”

Moral: sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Pontianak , Drakula dan Toyol

pontianak, pocong dan toyol dah tak tertahan lg nk pegi kat restoran tomyam pak usup..

pontianak: weh.. aku dengar restoran tomyam yang baru buka tu kan.. ummphh!!!!
drakula: ye la.. aku pun terliur bila dengar ko sebut.. aku rasa da tak nak hisap darah lagi.. aku nak tomyam lak..
toyol:cakap pun tak guna la cik pon.. kita tetap tak boleh pegi sana..
pontianak: aku ade idea laa.. kita kan boleh tukar rupa.. semalam aku try dah transform muka angelina jolie ckit..
drakula: geliga gak otak ko.. masa aku hidup rupa aku meanmg macam tom cruise..
toyol: perasan… tapi, aku mane boleh.. erm.. cik pon tolong balutkan aku eh..
pontianak: ok.. nak ajak si pocong tak?
drakula: takyah la.. yang dia tau lompat-lompat je..
pontianak: betul gak.. ok.. lepas maghrib kita gerak..

LEPAS maghrib.. kat restoran tomyam Pak Usup.. Tom Cruise (drakula) datang dengan Angelina jolie(pontianak) sambil mendukung bayi (toyol).

pelanggan: wah.. artis datang restoran ni r..
angelina: order please. erm.. i nak tomyam yang paling sedap kat cni..
waiter: ok.. (tau ckp melayu rupanya)..

50 saat kemudian.

waiter:siap cik..
tom: wah.. cam sedap neh.. biar aku mencekik dlu..

seorang pelanggan nampak sesuatu…

pelanggan: wah!!! tom cruise ade taring panjang!!!

suasana senyap sunyi… drakula pun panik.. dengan spontannya dia patahkan kedua-dua taringnya..

tom: ii.. ini..cu..cuma.. taring palsu.. sy baru balik dari penggambaran filem jaws tu.. saya r yang jadi jaws tu..
pelanggan: (jaws ade taring???!!!).. oooOOoOOoo..

keadaan kembali sedia kala..

angelina: tu r ko.. makan tak reti nk cover.. biar aku lak makan..

pontianak habiskn satu mangkok besar tomyam sekali hirup.. akibat tak tahan pedas.. air mata pontianak keluar..
air mata darah!! seorag pelanggan nampak…

pelanggan: wah!! angelina kuar air mata darah!!!

semua pelanggan tkejut.. suasana jadi riuh.. pontianak pun mula menggelabah..

angelina: sa..saya.. rindukan mak saya!! dah lame tak jumpa dia di US..
pelanggan o oOOoo..(tapi nape air mata darah???!!)..

keadaan jadi tenang semula.. toyol yg da tak tahan kelaparan terus melompat atas meja untuk makan tomyam..
seorag lagi pelanggan nampak..

pelanggan:wahh!! anak dier kaler ijau!!

semua menjadi panik.. ada separuh yang bangun untuk melarikan diri..

angelina: er..anak saya ni baru je balik penggambaran cite incredible hulk ni.. kami juz nak wat surprise kat cni..
pelanggan:oooOOoo.. hebat la lakonan kamu.. kami sume panik td.. haha..

keadaan kembali tenang.. tanpa disedari oleh para hantu-hantu yang sedang menyamar, azan isyak pun berkumandang..

pontianak, drakula & toyol: warRRrrgGGghhHH!!!!!!!!!!!!(terbakar).

semua pelanggan berdiri sambil bertepuk tangan dan bersorak sebab ingatkan tu lakonan dari mereka lagi..

Moral: bukan kita saja yang menghuni Bumi Allah ini.ingat tu !

Kentut tak bau , tak juga bunyi

Seorang apek telah berjumpa dengan doktor.

Apek : Doktor aaa..Wa ada masalah la, bila wa kentut tadak bau dan tadak bunyi. Wa sulah kentut lebih 20 kali hari ni dan 3 kali dalam ini bilik.
Doktor: Ok saya bagi awak makan ubat ni, cuba habiskan dan jumpa lagi jika masih ada problem

Seminggu kemudian apek tadi datang lagi ke klinik dengan marah-marah

Apek : Haiya doktor lu bagi ubat arr? Masih belum baik lagi ooo.. tapi sikalang sudah ada bau tapi itu bunyi masih wa tak dengar lorr..

Tiba-tiba apek itu kentut bertalu-talu tanpa segan silu. Doktor mengangguk faham mengerti masalah yang dihadapi oleh apek.
Doktor : Ok apek, tu hari saya bagi ubat hidung, lepas ni saya bagi ubat telinga pulak…

…sebenarnya apek tersebut ada masalah hidung dan telinga sebab tu takde bau dan tak dengar kentutnya.

Moral: setiap kekurangan mestilah diperbaiki atau terima saja dengan redha.

Lemah 'English'

Pulangnya anak dari sekolah lalu menyerahkan buku ‘English’nya kepada ayah…

Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?

Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong.

Ayah : abis tu?

Anak :Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Moral: pasni letak bulan bintang kat buku sek0lah baru ngam…

Doktor yg Tertipu

Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 5216 dari Sarawak ke LCCT. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang doktor yang IQnya tinggi. Otak doktor yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki.

Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat dengan pelawaan doktor itu. Doktor berasa tidak puas hati & berasa dipelehkan maka diajaknya gadis untuk menjawab teka-tekinya.

Doktor berkata, “I tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawab u only pay me RM5.00 !!! amacam?”

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu. (duit RM500 siapa tak nak????)

Doktor terus memulakan teka-tekinya yang pertama : “Berapakah jauh jarak diantara Bumi dan Bulan?”

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada Doktor tanda kalah. Doktor tersenyum puas dan merasakan dirinya pasti berjaya.

“Sekarang giliran u”, cabar Doktor dengan penuh bangga diri.

Maka gadis itu bertanya dengan acuh tak acuh “Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki?”

Doktor tersebut terus mengeluarkan laptop dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan…

Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai peguam, saintis, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya. (padahal dalam flight mana boleh lakukan semua tu…).

Setelah 30 minit berusaha untuk mendapatkan jawapan akhirnya doktor tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, doktor bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?
Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada doktor tersebut dan menjawab : “Tidak Tahu”

Moral: Gadis yang pintar. free2 dapat untung RM490. Tak semua maklumat ada dalam internet.

Suami yg Patuh

Pada suatu malam, si isteri pulang ke rumahnya….

Di dalam biliknya, dia berkata kepada si suami ,

” Buka baju saya….”.
si suami patuh….

si isteri berkata lagi,
“buka seluar saya…”

Si suami ikut sahaja apa yang tlh dikatakan isterinya….

Lalu si isteri berkata lagi,

“dan…. jangan pakai baju saya lagi !!!!!!!!!!!!”

Moral: eleh.. tadi mesti korang fikir len kan..

Penjaga Muzium

Suatu hari, Tok Ali berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Jusop yang sedang bertugas lalu bertanya,

Jusop: ada apa pakcik?
Tok Ali: Pakcik ni nak bertanya… agak-agaknye la berapa umur dinasour ni?

Dengan penuh yakin Jusop menjawab…

Jusop: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Tok Ali: Terernya awak… macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Jusop: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

Moral: hehehe.. jusop tu pandai kan…

Tahan Muntah

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh…
Baru 1 minit… 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

Moral: Tak semua orng Bangla macam ni… tapi yang penting kita jaga kebersihan taw..hihihi

Terberanak

Seorang pompuan tu… TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu… melalak dan tak mahu keluar lif. Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni, nak bawa ke hospital.

“Marilah keluar amoi, saya bawak pegi hospital”.

“Tak maulah doktor, saya malu”
Kemudian kata doktor tu, “Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu. TERberanak dalam longkang lagi!!!”

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak. Doktor tercegang dan tanya kenapa menangis lagi kuat.
Kata amoi tu, “Orang tu sayalah jugak!!!!”…..

Moral: anak itu anugerah Tuhan. jagalah mereka sebaik-baiknya.Ahahaha !

Penjual Cepat Kaya

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumiitu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.

Satu minit berlalu..

dua minit..

tiga minit..

hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

Moral: Jangan mudah terpedaya dengan temberang penjual.Haahaa