Angka 9.
emm.. actually.. first-first dulu, sy xtaw sy minat atw suka nombor apa. then satu hari ada org tnya 'ko minat nombor berapa? ' then sy pun xtaw mw jwb apa. then he said, 'minat nombor 9' dan ada laa tu sebab dya. lupa laa sdaa.. hee.. tapi sy minat nombor 9 bkn sebab ikut-ikut dia ya ya.. sy pun ada sebab sendiri.. hehe..
Angka 9 merupakan angka yang berada paling akhir dalam susunan set nombor asas 1 hingga 9. Ia adalah simbol nombor terakhir yang memiliki kuantiti nilai yang paling besar dalam set nombor tersebut. (1 adalah nombor terawal dalam set susunan nombor dan memiliki nilai terkecil) Angka 9 juga amat istimewa dalam ilmu metamatika. Contohnya susunan 999 jika di campur seluruh angkanya lalu dikecilkan jumlah tersebut kepada angka sa terakhir akan membawa kita kembali ke angka 9:
999 = 9+9+9 = 27
27 = 2+7 = 9
Berapa pun jumlah 9 dalam sesuatu susunan angka 9, jumlah akhirnya adalah 9:
9999999999999999999 (ada 19 kali nombor 9)
9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9 = 171
171 = 1+7+1 = 9
Seolah-olah angka yang BERKUASA atau RAJA... Nombor 9 muncul (sebagai nombor akhir yang dicampur) dalam gandaannya sendiri:
1X9 = 9
2X9 = 18 @ 1+8 = 9
3X9 = 27 @ 2+7 = 9
4X9= 36 @ 3+6 = 9 hingga seterusnya… contoh
9999 x 9 = 89991 @ 8+9+9+9+1 = 36 @ 3+6 = 9
Lagaknya umpama RAJA. Jika bersama angka lain, ia “tersembunyi” di sebalik angka tersebut (maksud: sewaktu berjalan seseorang pemimpin @ raja akan didahului dengan pengawalnya):
19 (angka 1 bersama @ bertemu 9) = 1+9 = 10 @ 1+0 = 1 (angka 9 tersembunyi @ hilang)
49 (angka 4 bertemu 9) = 4+9 = 13 @ 1+3 = 4
maka, jika apa-apa susunan nombor bertemu angka 9, jumlah akhir yang dikecilkan (dicampurkan) adalah dengan membuangkan angka 9 dari kiraan tersebut;
1111999 adalah 1+1+1+1= 4
(1+1+1+1+9+9+9 = 31 @ 3+1 = 4)
HAH!! Kini anda pasti boleh mencampurkan dengan mudah & cepat jumlah akhir terkecil (disebut juga nilai Gemetrikal @ nilai Gt) bagi angka 99,999,999,99
Nilai Gt akhirnya adalah = 9 (!!!)
HEBATNYA ANGKA 9 INI dalam ARENANYA (ILMU NOMBOR)!! UMPAMA SEBUAH “WAJAH” ATAU “KOD RAHSIA” YANG ALLAH PAPARKAN PADA ALAM UNTUK KITA FIKIR & RENUNGKAN.
TIDAK HAIRANLAH MENGAPA ALLAH MEMILIKI ASMA YANG 99 JUMLAHNYA!!
999 = 9+9+9 = 27
27 = 2+7 = 9
Berapa pun jumlah 9 dalam sesuatu susunan angka 9, jumlah akhirnya adalah 9:
9999999999999999999 (ada 19 kali nombor 9)
9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9 = 171
171 = 1+7+1 = 9
Seolah-olah angka yang BERKUASA atau RAJA... Nombor 9 muncul (sebagai nombor akhir yang dicampur) dalam gandaannya sendiri:
1X9 = 9
2X9 = 18 @ 1+8 = 9
3X9 = 27 @ 2+7 = 9
4X9= 36 @ 3+6 = 9 hingga seterusnya… contoh
9999 x 9 = 89991 @ 8+9+9+9+1 = 36 @ 3+6 = 9
Lagaknya umpama RAJA. Jika bersama angka lain, ia “tersembunyi” di sebalik angka tersebut (maksud: sewaktu berjalan seseorang pemimpin @ raja akan didahului dengan pengawalnya):
19 (angka 1 bersama @ bertemu 9) = 1+9 = 10 @ 1+0 = 1 (angka 9 tersembunyi @ hilang)
49 (angka 4 bertemu 9) = 4+9 = 13 @ 1+3 = 4
maka, jika apa-apa susunan nombor bertemu angka 9, jumlah akhir yang dikecilkan (dicampurkan) adalah dengan membuangkan angka 9 dari kiraan tersebut;
1111999 adalah 1+1+1+1= 4
(1+1+1+1+9+9+9 = 31 @ 3+1 = 4)
HAH!! Kini anda pasti boleh mencampurkan dengan mudah & cepat jumlah akhir terkecil (disebut juga nilai Gemetrikal @ nilai Gt) bagi angka 99,999,999,99
Nilai Gt akhirnya adalah = 9 (!!!)
HEBATNYA ANGKA 9 INI dalam ARENANYA (ILMU NOMBOR)!! UMPAMA SEBUAH “WAJAH” ATAU “KOD RAHSIA” YANG ALLAH PAPARKAN PADA ALAM UNTUK KITA FIKIR & RENUNGKAN.
TIDAK HAIRANLAH MENGAPA ALLAH MEMILIKI ASMA YANG 99 JUMLAHNYA!!
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul Husna (nama-nama yang baik).” – Al-Quran, Surah Thoo-Haa, Ayat 8.
Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – Al-Quran. Surah Al Israa’, Ayat 110.
Dari Abu Huraira R.A.: Nabi SAW bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari.
Maha Suci Allah yang Maha Menghitung (Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung) telah mengaturkan PERISTIWA ini JATUH BERTEPATAN DI BULAN RAMADHAN iaitu bulan ke 9 pada KALENDAR HIJRAH (ISLAM). Ramadhan DIKENALI sebagai bulan AL-MUBARAK (penuh kemuliaan, kebaikan & keberkatan). Bulan ke 9 ini menjanjikan GANDAAN TERTINGGI dalam IBADAH. Segalanya diganda-gandakan!! Macam “OFFER” atau PESTA JUALAN HEBAT di pasaraya-pasaraya. Solatnya PAHALA berganda!!, Puasanya Pahala berganda, Solay Sunat Tarawihnya pahala berganda-ganda saban malam, Dzikir dan tasbih berganda-ganda barakahnya, serta berbagai lagi JANJINYA untuk insan yang mahu mendapatkan TAWARAN SETAHUN SEKALI INI. Bulan ke 9 ini juga menandakan kita mahu masuk bulan ke 10 iaitu SYAWAL, Hari Kemenangan!! Malah hari ke 19 Ramadhan menandakan kita mula masuk ke malam-malam 10 hari akhir Ramadhan yang menjanjikan MALAM RAHSIA – LAILATUL QADAR!! Ringkasnya, dalam maksud lain: BULAN 9 dalam kalendar Hijrah ini adalah bulan yang diangkat mulia seolah-olah meletakkan angka 9 pada satu darjat yang mulia.
Teringat akan kisah sejarah peristiwa ISRA’ MIKRAJ yang berlaku di bulan SYAABAN. Rasulullah SAW naik ke ‘Arasy (sesetengah berpendapat bahawa ianya berada pada tingkat langit ke 9) tanpa ditemani Jibril as untuk bertemu AL-KHALIQ (Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta) secara ‘live’ & interpersonal.
TEKA-TEKI ALLAH MELALUI ‘WAJAH-WAJAH’-NYA.
Maha suci ALLAH yang memiliki 99 nama, yang memberi pertunjuk dan TANDA-TANDA yang terang melalui Al-Quran sebagai AN-NUR untuk kita. Pandangan peribadi saya, Al-Quran penuh dengan RAHSIA yang tersirat melalui susunan-susunan angkanya. Lalu, ayuh kita renungi mesej ALLAH dalam kontek perbincangan kita ini:
Surah At-Taubah ( At-Tawbah, “Pengampunan”) adalah surah ke-9 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong dalam surah Madaniyah yang terdiri atas 129 ayat. Dinamakan At-Taubah yang bererti “Pengampunan” kerana kata At-Taubah berulang kali disebut dalam surah ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang bererti ‘berlepas diri’. Berlepas diri di sini maksudnya adalah pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraan surah ini tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.
Berbeza dengan surah-surah yang lain maka pada permulaan surat ini tidak terdapat ucapan BISMILLAH (kata Bismillah terbina dari susunan 19 huruf-huruf arab) di awal surah kerana surah ini adalah pernyataan perang dengan erti bahawa segenap kaum muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum musyrikin, sedangkan kata bismillah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.
Surah ini diturunkan sesudah Rasulullah SAW kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh Ali bin Abi Talib pada musim haji tahun itu juga (info tambahan: Saidina Ali r.a. meninggal di usia 63 [6+3 = 9] tahun kerana pembunuhan oleh Abdrrahman bin Muljam, seseorang yang berasal dari golongan Khawarij (pembangkang) saat mengimami solat subuh di masjid Kufah, pada tanggal 19 RAMADHAN!! – iaitu hari ini – Al-Fatihah untuk Saidina Ali).
Antara pokok-pokok isi di dalam surah ini adalah:
•Keimanan.
◦Allah selalu menyertai hamba-hamba-Nya yang beriman.
◦Pembalasan atas amalan-amalan manusia hanya dari Allah.
◦Segala sesuatu menurut sunnatullah.
◦Perlindungan Allah bagi orang-orang yang beriman.
◦Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. di sisi Allah.
•Hukum-hukum.
◦Kewajiban menafkahkan harta.
◦Macam-macam harta dalam agama serta penggunaannya.
◦Jizyah.
◦Perjanjian dan perdamaian.
◦Kewajiban umat Islam terhadap Nabinya.
◦Sebab-sebab orang Islam melakukan perang total.
◦Beberapa dasar politik kenegaraan dan peperangan dalam Islam.
•Kisah-kisah.
◦Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Bakar r.a. di suatu gua di bukit Tsur ketika hijrah.
◦Perang Hunain (perang Authas atau perang Hawazin).
◦Perang Tabuk.
•Lain-lain.
◦Sifat-sifat orang yang beriman dan tingkatan-tingkatan mereka.
◦Pernyataan pembatalan perjanjian damai pleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum musyrikin, kerana mereka tidak memenuhi syarat-syarat perjanjian damai pada perjanjian Hudaibiyah.
Angka 9 membawa kemenangan dan merupakan tingkatan tertinggi dalam angka pencapaian. 9 juga memberi erti kematangan, umpama matangnya benih kehidupan dalam kandungan si ibu yang makin bersedia untuk sebuah kelahiran. 9 juga umpama lengkapnya sesebuah perjalanan dan tingkatan. Dari tiada menjadi ada dan menuju kembali pada awalannya.
Dari 1 menuju 9 dan selepasnya menuju kembali ke angka pertama; 1. 9 tahun pertama perjalanan dari alam kanak-kanak menuju balighnya, 9 tahun kedua (18tahun) dari baligh menuju remajanya; 9 yang ketiga (27tahun) dari remaja menuju ke dewasa & kematangan, 9 keempat (36tahun) masa peralihan zaman bujang kepada berkeluarga, 9 kelima (45tahun) menuju kestabilan dan peningkatan kematangan juga pengalamannya dan hinggalah ke tingkatan 9 yang seterusnya. Setiap tingkatan membawa kita dari satu tahap ke satu tahap yang lain.
Bermula dari awal (1) hinggalah ke akhiran (9), setiap tingkatan berkitar pada peralihan dari satu angka ke angka yang lain (9, 18 @ 1+8=9, 27 @ 2+7=9 dan seterusnya). Umpama sebuah ketetapan yang telah tertulis, perjalanan kita dilakar dengan cerita-ceritanya. Dari peredaran masa ke tarikh harinya ke bulan hinggalah ke tahun tahunnya. Benarlah kata (Firman) yang Empunya Kalam (ALLAH SWT): “Demi Masa, manusia itu dalam kerugian (kealpaan)...”
No comments:
Post a Comment