Buku
panduan solat lazimnya khusus untuk kegunaan mereka yang mengamalkan
ajaran agama Islam..Namun, kini, anda perlu berwaspada kerana kini
terdapat juga buku panduan solat yang dikarang oleh pihak Kristian
Orthodox Syiria..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Di
dalam Al-Qur’an. kita sering menemui ayat “Aqimus Sholah” (tegakkan
solat), sebagai sebahagian dari perintah Allah SWT kepada kaum Muslim
untuk beribadah.
Tetapi
jangan keliru, kerana kebelakangan ini, terdapat di kalangan pihak
Kristian Otodox Syiria (KOS) yang menggunakan ayat yang serupa dan mirip
seperti yang terdapat dalam bahasa Al-Qur’an ini.
Baru-baru
ini, sebilangan pihak Kristian Ortodox Syiria telah menerbitkan sebuah
buku panduan solat berjudul “Shalat Rabbaniyah” yang ditulis oleh
Ignatius Bambang Soetawan.
Isi
buku yang setebal 120 halaman ini turut mempunyai tafsir ringkas
(refleksi) tentang “Doa Bapa Kami” yang dikutip dari kitab Injil Matius
6: 9-13.
Bambang merupakan seorang alumni di Sekolah Tinggi Falsafah Teologi Prajnawidya di Yogyakarta pada tahun 1971.
Selain
buku mirip ayat khas Islam tersebut, Yayasan Misi Orthodoxia yang
diketuai oleh Pendeta Yusuf Roni juga menerbitkan buku panduan solat
Kristian yang berjudul “Kitabus Sab’us-Shalawat” (solat 7 waktu).
Jika
ada pihak yang tidak paham, hal seumpama ini pasti akan menjadi kecoh
dalam kalangan umat Islam. Apatah lagi, mereka menggunakan bahasa yang
mirip ayat suci Al-Qur’an.
Kristian Orthodox Syiria juga menggunakan pakaian yang mirip dengan masyarakat Islam seperti jilbab. kopiah dan lain-lain
Semoga ini boleh menjadi informasi untuk semua kaum Muslim.
3 comments:
okay nice sharing. kalau tak tak tahu ni.
Tak sangka pulak :/
Btw nice sharing , nak share jugak boleh :3
benda baik eloklah dishare saje :)
Post a Comment