Klik Sampai Habis Loading ? Thanks :)



Saturday, 8 June 2013

Cara Rasulullah SAW berjalan

 
 
  1. Nabi s.a.w. kita berjalan sangat aktif dan laju sampai para sahabat kena gigih kejar baginda.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa:

"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada Rasulullah s.a.w. Cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar di mukanya. Dan aku tidak pernah seorang yang terlalu lasak berjalan selain baginda s.a.w. seolah-olah bumi bergulung untuknya. Jika pada satu masa baginda di sini, sebentar lagi akan kelihatan baginda di sana. Walaupun ada ketika baginda berjalan secara biasa, namun kami yang mengikuti baginda terpaksa melangkah dengan susah-payah (terpaksa berjalan dengan lebih lasak untuk bersamanya)"
 
  1. Baginda s.a.w. berjalan seolah-olah menuruni tempat tinggi. Sangat lasak dan energetic.
Daripada riwayat Ibrahim ibn Muhammad:
"Ali r.a. menerangkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, baginda akan menjatuhkan langkahnya dengan mantap dan bertenaga."
* Rasulullah berjalan sangat laju seperti menuruni tempat tinggi dan penuh
  bertenaga dan setiap langkah baginda ada arah tujunya. 
  1. Apabila berjalan, Nabi s.a.w. akan membiarkan para sahabatnya mendahului baginda s.a.w.

Seperti yang diriwayatkan oleh Hind bin Halah:"...Apabila baginda (s.a.w.) berjalan di kalangan sahabat-sahabat, baginda s.a.w. tidak akan mendahului mereka."
 

* Nabi s.a.w. tidak berjalan di hadapan sahabat-sahabatnya disebabkan sifat tawaduk yang dimiliki baginda. Berjalan di hadapan orang lain adalah amalan orang angkuh dan ujub sebagai tanda kemuliaan, taraf dan maruah mereka
*  Nabi s.a.w. juga lebih gemar berjalan di belakang untuk memudahkan baginda membantu sahabat yang memerlukan pertolongan seperti keciciran barang.
* 'Allamah Baijuri mengatakan malaikat-malaikat sentiasa berjalan di belakang Rasulullah s.a.w., oleh itu baginda akan membiarkan sahabat berjalan di hadapan.
* Nabi s.a.w. seorang pembimbing yang pengasih. Apabila berada di belakang, baginda dapat melihat kesalahan dan kekurangan yang dilakukan oleh sahabat lalu membetulkannya. 

No comments: